Saturday 26 December 2015

RESDUNG BUKAN PENYAKIT BIASA!

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..

RESDUNG BUKAN PENYAKIT BIASA!

Maaf ye.. tak marah pun tengok tajuk tu..hehe..itu tandanya nak bagi AMARAN bahawa resdung ni bukan penyakit biasa2..sebab muka yang licin tidak semestinya tiada resdung. Hati2 kerana setiap orang mempunyai resdung cuma berbeza serious atau tidak.

Ok, jom kita berkenalan dengan resdung..he

APA ITU RESDUNG?

Dari segi istilah Perubatan Tradisional:
~ Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ2 lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Istilah Saintifik:
~ Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yg menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ2 tertentu dalam badan.

Resdung juga dikenali sebagai seduan (sinusitis) adalah sejenis penyakit berjangkit yang mudah berjangkit dalam waktu singkat apabila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung.

ANTARA GEJALA2 RESDUNG:
1- Hidung tersumbat
2- Lendir daripada hidung atau tekak.
3- Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata.
4- Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang.
5- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan.
6- Alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

PUNCA-PUNCA RESDUNG;
~ Alahan terhadap debu, habuk dan hama.
~ Susunan tulang dalaman hidung yang sempit.
~ Mandi dan terjun dalam air yang kotor.
~ Ketumbuhan di dalam hidung.
~ Jangkitan gigi atas.

KOMPLIKASI RESDUNG:
~ Jangkitan Otak (Meningitis)
~ Sakit tekak yang kronik.
~ Jangkitan tulang muka.
~ Memburukkan keadaan lelah.
~ Berdengkur yang kronik.
~ Jangkitan telinga dan tongsil (terutama kanak2)
~ Alahan hidung / hidung sensitif.
~ Selsema biasa yang melarat.

TIPS MENGURUSKAN RESDUNG:
Haa..UM nak kongsi sedikit tips yang ada resdung samaada serious atau tidak..

1) Bagi pesakit  yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop.

2) Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan contohnya seperti tidak boleh makan makanan laut yang kaya protein atau belacan.  

3) Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan.

4) Berehat dengan berbaring menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung.

5) Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air.

6) Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam atau melakukan pernafasan wap.

7) Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari 7 hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya.

8) Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi.

9) Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti Acetaminophen dan Paracetamol untuk merawat kesakitan.

10) Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain2 masalah.

NAK DAPATKAN PENAWAR RESDUNG ATAU ALAHAN ANDA?
UM cadangkan SET RESDUNG Shaklee ini..inshaa ALLAH mujarab dan membantu kerana berdasarkan testimoni diri sendiri dan suami ALHAMDULILLAH alahan dan bersin di waktu pagi dah hilang..Kini kami tak risau dah makan seafood dan sebagainya.. :-) jom tengok SET RESDUNG dari Shaklee ni:-


TAK NAK DAH BERSIN PAGI2!





ALFALFA COMPLEX: Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan 
keradangan sakit itu sendiri. Kaya dengan sumber klorofil
 dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung,
 alergik dan gegatal.
*Pesakit SLE tidak digalakkan ambil 
Alfalfa.





SUSTAINED RELEASE VITAMIN C PLUS;
Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu
 kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti histamin. Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh. Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol. Meningkatkan fungsi T-cell dan Macrophage (fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih). Meningkatkan pertumbuhan tisu. 




B-COMPLEX: B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan. Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh. Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati. Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress.


Bagi sahabat-sahabat di luar sana yang memerlukan penawar resdung, alergik, alahan atau ekzema dari SHAKLEE boleh hubungi UM di nombor 0132750687. Moga perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak..inshaaALLAH..:-)




Love;
UM

Featured post

ADAKAH SUPLEMENT YANG ANDA AMBIL SEKARANG SELAMAT?

KRITERIA- KRITERIA MEMILIH SUPLEMEN YANG SELAMAT. Bismillahirrahmaanirrahim.. "Saya nak makan vitamin, suplemen, tapi takut ad...