Thursday 23 February 2017

SEJARAH DAN PENGASAS PRODUK SHAKLEE


SHAKLEE: TAK KENAL MAKA TAK CINTA



Bismillahirrahmaanirrahim..

Anda pernah dengar pasal produk Shaklee? Baru hari ni dengar? Produk Shaklee ni dah lama wujud lebih 100 tahun dah.

Siapa pengasas atau foundernya? dan apa sumbangan beliau sehingga Shaklee merupakan syarikat suplemen pertama terbaik dan semulajadi?

Latar Belakang Dr. Forrest Clell Shaklee.



Foundernya adalah Dr. Forrest, dilahirkan di Carlisle, Iowa. Sewaktu beliau dilahirkan, membawa khabar sedih kerana beliau disahkan mengidap penyakit TB (tuberculosis). Doktor meramalkan beliau hanya boleh hidup selama 8 tahun.

Disebabkan berita sedih itu, keluarganya membuat keputusan untuk berpindah ke Utara Iowa kerana mereka percaya rawatan terbaik untuk batuk kering atau TB ini adalah udara yang bersih dan segar.

Zaman kanak2 beliau banyak dihabiskan dengan berehat dan memerhati alam sekitar. Bila beliau dah remaja, doktor berpuas hati dengan kesihatan beliau dan penyakit TB beliau adalah terkawal.

Di waktu usia remaja, beliau banyak menghabiskan masa membaca tulisan falsafah Bernarr Macfadden dlm majalah "Physical Magazine" yang mengatakan "dadah (ubat) hanyalah menutup simptom tanpa mengubati penyakit". Justeru beliau yakin yang manusia boleh dirawat dgn kaedah semulajadi dan beliau mula minat dalam bidang Chiropractic.

Sewaktu menjadi seorang Chiropractic practitioner, minat beliau terhadap nutrisi bertambah. Beliau banyak membaca tentang biochemist dan kajian2 saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi. Malah pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta suplemen pertama di dunia dalam bentuk makanan yg beliau namakan " Vitalized Mineral" yg sekarang dikenali sebagai Vitalea Iron Formula 😊.


Vitalize Mineral merupakan vitamin pertama dicipta, kini Vitalize ni ialah Vitalea Iron Formula


Kemudian beliau membuka pusat rawatan dan pesakit2 di pusat rawatan tersebut diberikan diet yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan.

Namun dalam mengendalikan pusat rawatannya, beliau diserang kanser. Selepas mendapat rawatan dari pakar kanser yang memberitahu bahawa sel kanser tersebut boleh disekat sekiranya lengan kiri dan kaki beliau dipotong (amputated). Beliau tidak percaya dan menolak untuk rawatan sebegitu malah beliau percaya bahawa beliau boleh bergantung dengan kuasa penyembuhan secara semulajadi.

Beliau melawan kanser dengan memulakan rawatan intensif dengan nutrisi, membuat analisa darah secara kerap dan juga berpuasa. Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil suplemen dalam kuantiti yg tinggi.

Pada mula2nya kanser beliau tidak menunjukkan sebarang tanda positif, tapi beliau tidak berputus asa dan percaya yang beliau akan sembuh.

Pada penghujung tahun 1922, kanser beliau semakin sembuh dan tenaga semakin pulih. Ini menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau tentang nutrisi adalah benar.

Pada penghujung tahun 1955, pada umur 62 tahun, beliau memberitahu anaknya Forrest Jr dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang boleh memberi impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentingan nutrisi dan suplemen. Beliau ingin memulakan bisnes mengedarkan suplemen. Pada 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan.


Dengan pelbagai kajian, komitmen dan kerja keras, keluarga Shaklee telah berjaya menjadikan konsep direct selling produk suplemen menjadi satu fenomena pada hari ini.

Semuanya bermula dgn keyakinan Dr. Shaklee tentang kuasa penyembuhan dan falsafah "Thoughtmanship" beliau iaitu Living in Harmony With Nature ( Hidup secara Alami) dan percaya bahawa sains dan alam semulajadi mampu digabungkan untuk menjadi penawar terbaik untuk kesihatan manusia.


MashaaALLAH, kurniaan hebat yang Tuhan berikan kepada manusia untuk berfikir, tidak berputus asa walau dilanda ujian (penyakit) dan menyebarkan manfaat kpd manusia. Kita pula apa sumbangan kita. Mampukah pula kita?


Produk Shaklee semakin hari semakin dikenali dan mulai tahun 2017 ramai mula mengenali produk ini. Apa tak nya produk Shaklee seperti ESP, Herbal Blend dan lain2 banyak kali juga out of stok di HQ Shaklee Malaysia. Sampaikan terpaksa tunggu produk tu sampai dan kami pengedar2 Shaklee ni macam berebut2 dah borong Shaklee. Hehe.

Produk Shaklee, sentiasa selamat, berkesan dan semulajadi.

Ingin tahu lebih lanjut lagi tentang Shaklee? Boleh hubungi UM ye.


Suryana Mat Hassan
0132750687
Pengedar Shaklee Kuala Pilah
Dan Seluruh Malaysia



Love;
UM


----------------------------------------------------------

*****  Produk2 ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit *****











Featured post

ADAKAH SUPLEMENT YANG ANDA AMBIL SEKARANG SELAMAT?

KRITERIA- KRITERIA MEMILIH SUPLEMEN YANG SELAMAT. Bismillahirrahmaanirrahim.. "Saya nak makan vitamin, suplemen, tapi takut ad...