Thursday 4 February 2016

BUASIR..SIKSA OII!

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM...

Assalamualaikum..salaam kasih sayang dari UM..:)

Kali ini UM nak bicarakan tentang penyakit buasir. Aduh..siapa yang biasa lalui mesti tahu macam mana azabnya kan..huhu. Buasir atau hemorrhoid adalah penyakit di bahagian kawasan dubur. Buasir merupakan kusyen vaskular yang bertindak sebagai penghadang setiap kali membuang air besar. Ia akan menutup dubur secara menyeluruh dengan lembut bagi mengelakkan kebocoran najis atau cecair. Ia merupakan komponen normal dalam anatomi manusia.




Masalah timbul apabila berlaku pembengkakan pada kusyen vaskular akibat tekanan atau stress yang diberikan pada rektum berikutan aktiviti meneran. Bengkak ini disebabkan pengembangan saluran darah pada bahagian dubur atau ketumbuhan sel yang melapisi saluran itu. Pendarahan semasa membuang air besar sering berlaku akibat penggeselan najis keras menyebabkan buasir (salur dubur bengkak atau luka).

FAKTOR DAN JENIS BUASIR:

Antara faktor penyumbang kepada masalah buasir ini adalah dari cara pembuangan najis yang salah iaitu gemar meneran apabila membuang air besar, masalah sembelit dan obesiti (berlebihan berat badan). Apabila sekilogram berat badan bertambah, abdomen berisiko berdepan dengan bebanan tidak wajar. Apabila diikuti dengan diet tidak betul, ia akan meningkatkan lagi risiko buasir. Wanita hamil juga tidak terkecuali menghidap masalah buasir akibat tekanan kandungan yang semakin membesar.

Terdapat dua jenis buasir, iaitu Buasir Dalam (bengkak pada bahagian dalam) dan Buasir Luar (bengkak terjulur keluar dari daripada saluran dubur) dan dua jenis ini boleh berlaku serentak atau berasingan.




TANDA-TANDA BUASIR:

~ Rasa gatal atau sakit di sekeliling dubur.
~ Darah segar yang menitis ketika membuang najis.
~ Rasa pedih sekitar rektum.
~ Luka pada saluran dubur disebabkan nanah.
~ Sukar membuang air besar.
~ Rasa kepanasan selepas membuang air.
~ Rasa sakit berdenyut.
~ Tidak selesa pada bahagian dubur ketika berdiri lama atau bertinggung lama.

TIPS ATASI BUASIR:

~ Langkah utama untuk menangani masalah buasir adalah dengan menyelesaikan masalah sembelit kerana buasir juga berpunca dari sembelit.
~ Amalkan minum air masak sekurang kurangnya 3 liter. Kekurangan air putih bukan sahaja mengganggu sistem pencernaan malah kulit juga akan kering dan mengundang banyak lagi penyakit.
~ Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran berserat, buahan2 seperti betik, oren, mangga dan sebagainya bagus untuk elakkan sembelit.
~ Boleh cuba minum segelas susu yang dicampur dengan madu setiap pagi atau malam.
~ Bagi yang tidak suka susu, boleh cuba Ostematrix Shaklee untuk atasi sembelit. Suplemen ni memang wajib, nak2 untuk breastfeeding mom macam UM ni, perlu sangat. Untuk wanita hamil pun digalakkan sangat sebab wanita hamil kebanyakan mempunyai masalah sembelit dan lebih teruk lagi buasir..




testimonial 



testimonial


Selain itu, masalah buasir juga boleh di atasi dengan SET BUASIR SHAKLEE;

OMEGA BUARD: Mengurngkan bengkak akibat buasir, kurangkan radang dan kesakitan.

ZINC COMPLEX: Untuk sembuhkan luka akibat buasir berdarah.

OSTEOMATRIX: Melembutkan najis dan memudahkan proses pembuangan najis.






Buasir ni bukan masalah biasa kalau dah sampai tahap berdarah teruk, bernanah..ada tu sampai tak boleh duduk, rasa sakit teramat, jadi jangan sampai ia jadi semakin teruk, anda boleh mencegahnya..
Ibu hamil dan berpantang pun tak boleh lari dari masalah buasir ni kan, inshaaALLAH set buasir Shaklee selamat untuk ibu2..jangan risau :). Jika berminat dengan set buasir di atas, boleh hubungi UM di nombor 0132750687. :)

Jangan biarkan hidup anda suram kerana buasir.....




Love;
UM



========================================================================


***Produk - produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit***








Featured post

ADAKAH SUPLEMENT YANG ANDA AMBIL SEKARANG SELAMAT?

KRITERIA- KRITERIA MEMILIH SUPLEMEN YANG SELAMAT. Bismillahirrahmaanirrahim.. "Saya nak makan vitamin, suplemen, tapi takut ad...