Wednesday 22 June 2016

SUKAR BUANG AIR DAN NAJIS BERDARAH?JANGAN PANDANG REMEH!


KANSER KOLON MERUPAKAN KANSER KETIGA YANG KERAP DIHIDAPI PENDUDUK MALAYSIA.





BISMILAAHIRRAHMAANIRRAHIM..



`

Pernah baca tak kisah bekas pramugari yang menghidap Kanser Kolon atau usus tahap tiga ini? Ia boleh diambil sebagai peringatan bahawa Jangan ambil remeh jika anda mempunyai masalah kesihatan kerana seseorang yang menjaga makanan, bersenam juga belum tentu boleh bebas dari kanser. Dapatkan rawatan segera.



Mengikut panduan American College of Gastroenterology, jika anda mempunyai saudara terdekat (ibu bapa atau adik beradik) menghidap  kanser kolon (usus) pada usia sekitar 60 tahun, anda perlu mula menjalani pemeriksaan usus atau kolonoskopi pada umur 40 tahun.


SIAPA YANG BERISIKO MENGIDAP  KANSER USUS?

Berdasarkan kajian, individu berisiko tinggi mengidap kanser ini bila mencapai usia 50 tahun. Oleh itu, digalakkan menjalani pemeriksaan awal pada usus iaitu kolonoskopi.

Risiko mendapat kanser usus bagi lelaki dan wanita lebih kurang sama tetapi kanser yang menyerang bahagian rektum lebih banyak dihidapi wanita.


BAGAIMANA KANSER KOLON TERJADI?





Kanser kolon terbentuk apabila ada ketumbuhan kecil dinamakan polip. Polip berasal daripada sel yang menyelaputi usus dan rektum iaitu dinding usus. Biasanya ia mengambil masa hingga 10 tahun untuk menjadi polip sebelum menjadi benign (tidak bersifat barah) yang lama kelamaan membesar dan berkembang menjadi barah. Memang sukar mengenal pasti polip mana yang berpotensi berkembang menjadi kanser.- Pakar Toksikologi Makanan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM, Dr Ahmad Faizal Abdul Razis.


SIMPTOM ATAU GEJALA-GEJALA MENGHIDAP KANSER USUS:

  • Keluar darah melalui dubur- bergantung pada di mana usus itu berada. Jika kanser terjadi di bahagian berdekatan dubur, darah yang keluar berwarna merah terang dan cair. Jika berlaku di sebelah kanan, darah biasanya bercampur najis dan ia berwarna lebih pekat. jangan ambil remeh ye bagi mereka yang selalu keluar darah ketika membuang, kadang2 ada yang anggap biasa atau hanya buasir.

  • Perubahan tabiat buang air besar. Kadangkala pesakit mengalami cirit birit dan diselang seli dengan keadaan normal juga sembelit. Kadangkala tidak puas buang air besar tetapi tiada apa yang keluar.

  • Sakit perut lebih kepada bahagian kiri abdomen

  • Berat badan berkurangan tanpa sebab, muka pucat, kurang darah (anemia), letih dan tidak bermaya.

  • Pada keadaan serius, pesakit mungkin tidak boleh membuang air besar.


PENCEGAHAN DARI RISIKO KANSER USUS:

  • Banyakkan makan buah, sayur dan bijiran.
  • Hadkan makanan berlemak lebih2 lagi lemak tepu.
  • Hadkan pengambilan alkohol dan berhenti merokok.
  • Jalani kehidupan fizikal yang aktif dan kekalkan berat badan yang sihat.
  • Mempertimbangkan pengambilan statin untuk kolesterol yang tinggi.
  • Ambil Vitamin dan zat galian seperti kalsium, magnesium, pyridoxine (vitamin B-6 ) dan Vitamin B-9.

Jika anda mempunyai masalah membuang air besar atau sembelit yang teruk, boleh cuba untuk ambil supplemen dari Shaklee seperti;




Ostematrix bukan sekadar mempunyai kalsium, malah kandungan magnesium, vitamin D3 dan lain2 membantu masalah kesihatan yang optimun dan baik untuk masalah sembelit.





SET DETOX USUS: Salah satu punca kolon tidak sihat dan mungkin boleh menyumbangkan kepada kanser kolon adalah disebabkan kolon yang tidak sihat, kekotoran tersumbat malah menyebabkan terjadinya toksin yang merbahaya dalam badan. Salah satu cara yang terbaik adalah detoks atau nyah toksin. Anda boleh cuba set agen pembersih ini :)



Jika ada di kalangan anda atau keluarga yang mempunyai tanda2 masalah usus, boleh ikhtiar dengan Vivix, kerana vivix merupakan suplemen yang boleh membantu masalah kesihatan dari tahap sel.






Salah satu testimoni dari pesakit kanser usus tahap 4 yang berikhtiar dengan Vivix, alhamdulillah kembali pulih.



Betul lah apa yang dikatakan bahawa perut boleh menyebabkan punca segala penyakit. Jika mereka yang menjaga makanan dan bersenam pun ALLAH takdirkan untuk menghidap kanser usus, apatah lagi bagi mereka yang tidak menjaga makan dan bersenam.:(. Moga kita semua dapat sama2 menjaga nikmat kesihatan tubuh badan yang di anugerahkan olehNYA..INSHAALLAH. Sebarang pertanyaan boleh hubungi UM ye.



Suryana Mat Hassan
0132750687
Pengedar Shaklee Kuala Lumpur.


Love;
UM



SILA KLIK DISCLAIMER INI!



=======================================

***** Produk2 ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit *****









Featured post

ADAKAH SUPLEMENT YANG ANDA AMBIL SEKARANG SELAMAT?

KRITERIA- KRITERIA MEMILIH SUPLEMEN YANG SELAMAT. Bismillahirrahmaanirrahim.. "Saya nak makan vitamin, suplemen, tapi takut ad...