PETUA -PETUA SEMBUHKAN LUKA BERSALIN PEMBEDAHAN ATAU CZER
Bismillahirrahmaanirrahim..
ALHAMDULILLAH diberi nikmat hidup dan kesihatan hingga hari ini..sesungguhnya nikmat Tuhan tidak terhitung;')
Entry kali ini UM ingin berkongsi tentang bagaimana cara untuk sembuhkan luka bersalin secara pembedahan atau czer. ALHAMDULILLAH walaupun UM tidak di beri peluang untuk bersalin normal masa bersalinkan Mujaheed, tapi ALLAH dah tetapkan UM bersalin secara pembedahan. Pada mulanya memang UM tak prepare langsung bersalin pembedahan ni..baca sedikit2 kat internet adalah tapi dalam hati hanya niat untuk bersalin normal..namun DIA lebih mengetahui apa yang baik untuk kita kan. Redha dan pasti ada hikmah di sebaliknya.;-). Perkongsian ini juga UM kongsi sebab ada sahabat2 UM yang melalui pengalaman bersalin czer ramai juga yang bertanyakan tips ketika berpantang.
Justeru, UM terpanggil untuk berkongsi sedikit tips untuk bakal2 ibu supaya tidak "kekeringan" ilmu bila terpaksa melalui situasi bersalin secara pembedahan. Ibu2 semua jangan risau dan jangan terlalu beremosi, positif sangat penting tambahan lagi bila berada dalam pantang. Inshaa ALLAH semua akan kembali pulih.
Antara petua2 untuk sembuhkan luka;
Suami atau ahli keluarga boleh carikan ikan haruan yang hidup untuk dimasak dan dimakan oleh isteri. Ikan haruan segar elok untuk penyembuhan luka2 dalaman. Sebaiknya dibuat sup supaya dapat menyegarkan dan memulihkan tenaga badan. Ada sesetengah ibu2 mengambil pati ikan haruan dan jus gamat untuk menyembuhkan luka, ia adalah salah satu alternatif juga untuk diambil tetapi jangan berlebihan.
Berdasarkan pengalaman UM, doktor nasihatkan supaya tidak meletakkan apa2 minyak atau ubat di sekitar tempat pembedahan, namun ada sesetengah mereka yang menyapu atau meletakkan minyak atau losyen di kawasan luka. Nasihat UM, sila minta nasihat doktor ye.:)
Bila ingin batuk atau bersin pula, peganglah bantal di tempat yang dibedah untuk menahan tekanan semasa batuk ataupun bersin. MashaaALLAH memang azab juga kalau bersin tu..;'(..hehe..takpelah..itulah pengorbanan kan..haa nak ketawa pun kena control2 tau.memang kena tahan dengan bantal:D
Jangan jalan terlalu tunduk (bongkok) kelak luka akan lambat sembuh kerana perut itu berlipat pada tempat yang dijahit. Pengalaman UM sendiri, lepas seminggu bersalin, UM kena jumpa doktor untuk buat checkup parut tu, masa doktor UM tu tengok UM jalan macam bongkok2 lagi, dia terus cakap jalan tegak, kalau tak lambat sembuh..yela, masa tu badan memang tak kuat akan ngeri rasa kat tempat bedah tu..tu macam takut2..padahal lepas jalan tegak molek tu takder apa2 pun:D
Tidur atas katil dan bukan di lantai kerana bila nak bangun agak susah kalau tidur di atas lantai. Ketika bangun, iringkan badan dan turunkan kaki dahulu perlahan-lahan. Namun setengah orang ada je tidur kat lantai, atas keselesaan masing2, tapi kita memang tak sama dengan wanita yang bersalin normal, jadi kalau orang nak cakap manja pun manjala, badan you bukan badan orang lain tau..:p
Selain itu, dukung bayi pun kalau boleh jangan dukung terlalu lama kecuali ketika bayi memerlukan kita atau ketika menyusu, sebab tekanan di perut tu boleh menyebabkan luka semakin teruk, boleh minta pertolongan suami, keluarga yang ada jika bayi perlu didukung seperti mandi, sedih juga bila tak boleh pegang baby kita kan, tapi tak ada lah sampai berbulan2:)
Elakkan dari terlalu banyak berjalan tetapi kena berjalan juga, tak boleh baring terlalu lama dan elakkan banyak tidur. Dan sentiasa pastikan tempat pembedahan tu sentiasa kering dan tidak berpeluh supaya tidak berlaku jangkitan kuman. UM dulu lepas mandi tu akan keringkan dengan kain yang bersih dan guna hair dryer atau pengering rambut halakan dekat tempat bedah tu. Tapi kalau tak ada pun tak apa, yang penting keringkan kawasan tu ye.
Dari segi diet pula, banyakkan minum air kosong, memang penting tau untuk kesembuhan luka dan pelawasan, kalau tak nak sembelit atau sakit membuang lerr..bedah pun rasa juga..hehe. Makanan pula doktor UM dulu memang ada cakap makan jangan terlalu pantang, maksudnya kena makan makanan yang berzat juga, bukan boleh makan KFC atau minum ais tanpa berpantang.huhu. Banyakkan makan buah oren Sunkist yang besar dan manis tu, elok sangat untuk penyembuhan luka sebab ia kaya dengan VITAMIN C:)
Mengurut pula, UM pada awal minggu berpantang tidak mengurut, tetapi lepas sebulan lebih baru urut badan, jangan urut perut tau. Urut badan untuk hilang lenguh2 sebelum dan selepas bersalin.
Last but not least, sentiasa berdoa agar ALLAH sembuhkan luka bersalin kita dengan baik dan cepat, "ALLAHUMMA SSYIFA LA SYIFA ILLA ANTA" di samping berzikir mengingatiNYA, sesungguhnya DIALAH yang MAHA MENYEMBUH..:), sebab luka bersalin bedah ni tak sama tempoh penyembuhannya. paling kuat badan kita nak pulih pun dalam masa setahun juga..inshaaALLAH ibu2 jangan risau..yang penting sentiasa kuat dan positif..:D
Bagi ibu berpantang yang memerlukan SET PANTANG SHAKLEE, boleh juga dapatkan dari UM, set berpantang Shaklee sesuai untuk bersalin normal dan pembedahan..:)..SIHAT, CANTIK & CERGAS dengan SET PANTANG SHAKLEE itu jaminan kami! Jangan segan2 hubungi UM tau.0132750687 :-)
Love,
UM
Dunia " SURI" ĺebih kepada berkongsi tentang kesihatan, tips kecantikan, motivasi, agama,tips parenting, masakan dan tempat menarik. InshaaALLAH. Terima kasih kerana menyinggah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Featured post
ADAKAH SUPLEMENT YANG ANDA AMBIL SEKARANG SELAMAT?
KRITERIA- KRITERIA MEMILIH SUPLEMEN YANG SELAMAT. Bismillahirrahmaanirrahim.. "Saya nak makan vitamin, suplemen, tapi takut ad...
-
ATASI SAKIT LUTUT DENGAN SHAKLEE BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM.. Masalah sakit lutut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Tidak ki...
-
SHAKLEE: TAK KENAL MAKA TAK CINTA Bismillahirrahmaanirrahim.. Anda pernah dengar pasal produk Shaklee? Baru hari ni dengar? Pro...
-
BAHAN UTAMA DALAM VIVIX : LOBAK UNGU BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM.. Lobak Ungu. SubhaanALLAH, cantik warnanya kan, biasa kita mak...