Tuesday, 19 January 2016

MAKNA HIDUP UNTUK MEMBERI...

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM...

Assalamualaikum, salaam Jumaah Barokah..moga anda semua sentiasa dalam RahmatNYA..:)

Hari Ini Hari Jumaat..dah memberi dah?hehe..memberi apa ye..terpulang pada keikhlasan anda, hendak memberi sedeqah ke, belanja orang makan ke, buang halangan di tengah jalan ke, berkongsi ilmu, ataupun hanya secalit senyuman yang ikhlas! itu pun sedeqah dan sunnah juga kan..;)

UM rasa teruja sangat nak berkongsi tentang indahnya Memberi ni..bila sebut pasal Hidup Untuk Memberi rasa makna ini sangat mendalam. Pertama kali UM tahu perkataan ini melalui suami UM, dialah yang selalu sebut pasal Hidup untuk Memberi ni sejak belum kahwin lagi, bila dah kahwin tu baru betul2 faham apa yang dimaksudkannya..ALHAMDULILLAH..;').





Setiap anggota tubuh kita adalah untuk memberi, memberi kebaikan, manfaat dan sebagainya..erti kata lain sedeqah..sedeqah di jalan ALLAH yang utama kerana DIA lah yang memberi pinjaman kepada kita..

Namun..ada ramai orang yang gagal dalam hidup ini kerana lebih pentingkan bagaimana untuk mendapatkan, berbanding bagaimana untuk memberi. Sedangkan mengikut kajian, orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang banyak memberi. Tapi ada sesetengah berfikir, bukankah dengan menerima kita akan dapat lebih, sebaliknya memberi akan mengurangkan?. Ya, itu hanya persepsi kita sahaja. Hakikatnya amat berbeza, memberi bukan mengurangkan bahkan akan menambah.




Rasulullah S.A.W paling banyak memberi:
Islam ialah agama yang sangat sinonim dengan amalan memberi. Kedatangan Rasulullah S.A.W adalah untuk memberi Rahmat kepada sekalian alam. Sejarah hidup Rasulullah S.A.W memaparkan bagaimana Baginda memberikan tenaga, harta malah jiwanya untuk umat manusia mendapat hidayah Islam. Bahkan salah satu daripada sifat yang wajib bagi Rasulullah S.A.W ialah tabligh, ertinya menyampaikan. Bukankah sifat itu sangat rapat dengan sikap memberi? Apa yang baginda terima sebagai wahyu daripada ALLAH akan terus disampaikannya (diberikannya) kepada umat tanpa disembunyikan hatta satu ayat pun. Begitu tulus dan telus Baginda dalam memberi.

Islam itu sendiri ertinya selamat dan memberi keselamatan. Dalam rukun Iman dan rukun Islam terpancar anjuran memberi itu secara langsung atau tidak langsung. Dalam bacaan solat misalnya, kita diajar, dilatih untuk memberi pujian  kepada ALLAH, berselawat kepada Rasulullah, memberi salam kepada malaikat dan mendoakan orang Islam yang lain, begitu juga dengan syariat puasa.

Manfaat Orang Yang Memberi:

Mengikis Sifat Mazmumah.
Dengan memberi, kita dapat membuang sifat mazmumah seperti sombong, hasad dengki, tamak, pemarah dan lain2 lagi. Harta, ilmu, tenaga, dan apa jua yang kita miliki adalah punca sifat2 mazmumah. Dengan menyimpannya (tanpa memberi), sama seperti menyimpan "virus' berbahaya dalam hati kita. Sebab itu kita diwajibkan mengeluarkan zakat. Istilah zakat itu diambil daripada kata asal "zakah", ertinya membersihkan. Zakat fitrah membersihkan diri manakala zakat harta membersihkan harta. Oleh itu, jika kita tidak mengeluarkan zakat, diri dan harta kita akan "kotor". Kekotoran ini yang menyebabkan kekotoran hati. Hati yang kotor adalah punca penyakit mazmumah. Sebaliknya, dengan memberi zakat, kita umpama mengeluarkan toksik2 daripada diri, harta dan seterusnya hati kita. Apabila hati sihat, kesihatan itulah yang akan menumbuhkan sifat2 mahmudah seperti tawaduk, pemurah, pemaaf dan sebagainya.



Mendapat Lebih Banyak.
Percayakah bahawa dengan memberi kita akan mendapat lebih banyak? Iaitu dengan memberi harta, ilmu, iman, tenaga dan lain2 milik kita tidak akan berkurangan malah akan bertambah. Ini disebabkan apabila kita memberi, ALLAH akan membuka pintu rezeki, ilmu dan iman yang lebih luas untuk kita. FirmanNYA;"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap2 tangkai itu pula mengandungi seratus biji..Dan (ingatlah), ALLAH akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNYA dan ALLAH Maha Luas (rahmat) kurniaNYA, lagi meliputi ilmu pengetahuan-NYA" (Surah al-BAqarah 2:261). Ini janji ALLAh, sesungguhnya DIALAH yang Maha Kaya dan Maha Pemurah.





Wujud Perpaduan dan Keharmonian.
Apabila kita berfikir untuk memberi, kita akan merapatkan sesuatu hubungan. Sebaliknya jika hanya berfikir untuk mendapat, kita akan menjarakkannya. Hukum kasih sayang menyatakan bahawa jika hendak disayangi, mesti terlebih dahulu menyayangi. Hanya dengan "memberi" kasih sayang kita akan mendapat. "Apply"la hukum ini dalam hidup anda, inshaaALLAH menjadi..;). Sebaliknya, sikap tidak mahu memberi akan mencetuskan perbalahan. Kata bijak pandai; "All getting separates you from others; all giving unites you to others".Berfikir untuk mendapat akan menjauhkan diri kita daripada yang lain, berfikir untuk memberi akan menyatu padukan kita.

Namun, mengapa kita enggan memberi? tidak susah untuk menggembirakan orang lain. Mungkin hanya dengan kata2, mungkin hanya dengan senyuman ataupun dengan doa. Berilah kegembiraan kepada orang lain, percayalah ia akan datang semula kepada kita..:)

Dan di atas segala-galanya, ALLAH jualah al-Wahhab iaitu Maha Pemberi, Pengasih dan Pemurah..memberi tanpa pinta di balas..;')..

Moga entry ini dapat memberi sama2 peringatan buat UM sendiri kerana semua milik kita hanyalah pinjaman, dan sebahagian dari hak kita juga mempunyai hak orang lain..moga dimurahkan rezeki buat semua pembaca2 dan sahabat maya UM dan kita sama2 berusaha untuk lebih memberi daripada mendapat atau menerima samaada dari segi keewangan, hadiah, sedeqah, derma, bantuan tenaga dan sebagainya..inshaaALLAH..


THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU GET BACK!





Love,
UM



Some Sources from:
Solusi Magazine by Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.

Featured post

ADAKAH SUPLEMENT YANG ANDA AMBIL SEKARANG SELAMAT?

KRITERIA- KRITERIA MEMILIH SUPLEMEN YANG SELAMAT. Bismillahirrahmaanirrahim.. "Saya nak makan vitamin, suplemen, tapi takut ad...