Sunday 14 February 2016

SLE: PENYAKIT SERIBU WAJAH

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..

Assalamualaikum..apa khabar hari ni sahabat2..moga sentiasa sihat dan ceria selalu..:)

Entry kali ini UM ingin berkongsi tentang penyakit lupus atau SLE..pernah dengar tak tentang penyakit ni? UM bukanlah doktor atau pakar kesihatan untuk berkongsi tentang penyakit2 ni..cuma ingin berkongsi sedikit pengetahuan untuk diri UM sendiri dan mungkin juga sahabat2 UM di luar sana yang mungkin baru pertama kali mendengar tentang penyakit ini.

Sebenarnya telah lama UM mendengar tentang SLE ini, sebabnya..salah seorang sahabat lama UM masa di sekolah menengah dulu ada menghidap penyakit SLE..waktu tu yang UM tahu, penyakit ni berkaitan dengan sendi, saraf dan buah pinggang. Sungguh, sahabat UM memang lama menghidap penyakit ini dan UM sama2 melalui dugaan sahabat UM ketika beliau mengalami sakit, rawatan pembedahan dan sebagainya..ALLAH..sebak rasa bila teringat..kerana beliau sekarang telah tiada...terlalu banyak kenangan bersama beliau...moga dirimu bahagia di sana sahabatku..(AL-FATIHAH)...


Berbalik tentang penyakit SLE, UM ingin berkongsi serba sedikit info;

APAKAH ITU SLE?

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang di panggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Ia juga penyakit kronik yang boleh menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru2 dan organ2 yang lain.






Jenis Lupus terbahagi kepada dua;

1- Discoid Lupus Erythematons (DLE); iaitu hanya melibatkan kulit dan jarang merebak ke organ lain.

2- Systematic Lupus Erythematosus (SLE); boleh merebak ke organ lain dan boleh mengakibatkan kematian.

3- Lupus Neonatal; keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto- anti bodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti - RO (SSA) dan anti- la (SSB).

Statistik penyakit SLE;
- Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak2.
- Lebih kurang 90% yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.

Ratio Pengidap SLE: 
Di Barat, di kalangan Afro- Caribbean- 1 dalam 250 - 500 orang.
Di Amerika Syarikat - 1 dalam 2000 orang.
Di Negara China- 1 dalam 1000 orang.

Di Malaysia, di anggarkan lebih daripada 10 000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE belum disahkan.


GEJALA - GEJALA SLE:

Simptom atau gejala penyakit SLE ada banyak, sebab itulah ia dipanggil "penyakit seribu wajah". Gejala biasa yang dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis) selalunya diringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission) dan ada masanya menjadi aktif (relapse).

Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza2 sama ada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak di ketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok2 merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti "kupu2".



Namun pesakit SLE dari segi medical science belum ada penawar, maksudnya walaupun dengan bantuan suplemen atau ubatan, ianya lebih kepada mengawal aktiviti cell SLE atau Lupus dari aktif menyerang tubuh.

Tetapi jika ada yang ingin berikhtiar dengan bantuan suplemen Shaklee, suplemen yang sesuai dan terbaik adalah VIVIX SHAKLEE kerana Vivix  mampu mempertahankan dan membaiki sel dan serangan SLE adalah kerana sel pada sistem pertahanan. Sistem imun menyerang tubuh pesakit itu sendiri, jadi sel tersebut harus "dibaiki" terlebih dahulu.



Antara testimonial - testimonial yang berikhtiar dengan Vivix Shaklee:



Tidak perlu makan steroid dan hanya amalkan Vivix dan Omega Shaklee





Penyakit SLE semakin ringan selepas amalkan Vivix selama 3 minggu


ALHAMDULILLAH..moga entry UM yang tak seberapa ini mampu memberi harapan atau alternatif bagi pesakit SLE untuk mencari penawar bagi meringankan sakit SLE yang mereka hidapi, sesungguhnya dengan segala iziNNYA tiada yang mustahil..moga kita juga lebih peka dan celik tentang gejala penyakit SLE ini..inshaaALLAH..:)

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan tentang Vivix Shaklee, boleh hubungi UM di talian 0132750687..^___^








Love;
UM




Some sources:
www.lupusmalaysia.org



========================================================================



***Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit***





Featured post

ADAKAH SUPLEMENT YANG ANDA AMBIL SEKARANG SELAMAT?

KRITERIA- KRITERIA MEMILIH SUPLEMEN YANG SELAMAT. Bismillahirrahmaanirrahim.. "Saya nak makan vitamin, suplemen, tapi takut ad...