Wednesday, 8 June 2016

MINYAK IKAN MEMBANTU PESAKIT ASTHMA DAN LELAH


BAGAIMANA MINYAK IKAN SHAKLEE MAMPU MERAWAT ASTHMA DAN LELAH





BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..


Penyakit asthma atau biasanya kita panggil lelah adalah merupakan penyakit neurologi. Hal ini adalah kerana apabila pesakit diserang asthma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan laluan bronkiol di dalam paru2 menjadi sempit. Pesakit asthma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas dan sukar bersenam.

Walaupun penyakit ini tidak berjangkit, tetapi ia boleh diwarisi di mana anak2 kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.


PENYEBAB SERANGAN ASTHMA:



  • Alahan dihidu seperti kutu habuk ( house dust mite), debunga, spora kulapuk (mould spores), binatang peliharaan terutamanya yang berbulu.
  • Udara sejuk
  • Senaman
  • Jangkitan sistem pernafasan
  • Tekanan emosi
  • Aspirin atau ubat seumpamanya


Meskipun asthma tidak boleh diubati, ia boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi. Malah pakar2 turut menganggarkan 80% daripada kematian di kalangan penghidap asthma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit berkenaan.


Antara ubatan yang biasa dicadangkan oleh doktor untuk merawat asthma atau lelah adalah steroid. Tapi kita maklum bahawa steroid memberi kesan sampingan dalam jangka masa panjang. Kandungan Omega 3 mampu bertindak seperti steroid tapi ianya tidak akan memberikan kesan sampingan sebagaimana steroid.

Kajian juga menunjukkan mereka yang menghidap penyakit berkaitan inflamasi seperti asthma mempunyai kandungan Omega 3 yang rendah. Pengambilan Omega 3 dari minyak ikan terbaik Omega Guard mampu membantu meredakan inflamasi.


Mengapa Minyak Ikan Omega Guard Shaklee Terbaik Berbanding Minyak Ikan Yang Lain?





  • Minyak Ikan Terbaik di dunia; Omega Guard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega 3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain2 lagi. Satu hidangan Omega Guard (3 biji) menyediakan 990mg Asid lemak Omega 3.

  • Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal; Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak Omega 3 yang bermanfaat di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega 3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

  • Minyak Ikan Omega Guard 50% lebih pekat dari mana2 produk di pasaran.


Testimoni yang berikhtiar dengan Omega Guard Shaklee:


tak perlukan nebulizer, anak free from asthma.




selepas 2 tahun asthma tidak menyerang lagi




batuk akibat asthma hilang selepas ambil Omega.



Alergik salah satu punca penyumbang penyakit asthma.



Boleh dapatkan segera Omega Guard ini jika anda atau anak anda memerlukannya. Pilihlah Yang Terbaik. Mencegah Awal lebih baik :)



Suryana Mat Hassan 
0132750687
Pengedah Shaklee Kuala Pilah & Seluruh Malaysia




Love;
UM



SILA KLIK DISCLAIMER INI!


========================================

*****  Produk2 ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit ***








SUPPLEMENT UNTUK PENGHIDAP TALASEMIA


VITAMIN DAN SUPPLEMENT YANG DIPERLUKAN UNTUK  PENGHIDAP TALASEMIA





BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..

Pernahkah anda dengar tentang penyakit Talasemia ini? Apa yang dimaksudkan dengan penyakit ini? Talasemia (Bahasa Inggeris: Thalassemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin (HB) dalam sel darah merah menjadi tidak normal.

Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru2 keseluruh tubuh.

Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin yang rendah (anemia)




Perbezaan sel darah normal dan Talasemia






Jenis Talasemia:

Terdapat dalam 2 jenis Talasemia iaitu;


  • Talasemia Minor: merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda2 talasemia atau pembawa.

  • Talasemia Major: merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda2 talasemia.



Simptom atau gejala penyakit Talasemia:

  • Anemia -Pucat, sukar tidur, kurang nafsu makan, jangkitan yang sering berulang.
  • Jantung Berdebar .Jantung bekerja keras untuk memenuhi keperluan hemoglobin dan semakin lama jantung akan menjadi lemah dan mudah berdebar-debar
  • Tulang Tipis dan Rapuh -Sel darah dihasilkan dalam sumsum tulang. Pada keadaan thalassemia sumsum tulang dipaksa bekerja lebih keras untuk pembentukan hemoglobin lebih banyak. Dalam kes talasemia berat (major), dari segi luaran penderitanya mengalami “facies cooley”.
  • Tumbesaran terbantut
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
  • Biasanya anak2 yang pembawa talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan.Bagaimanapun mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia antara 13 hingga 18 bulan.

Rawatan Penyakit Talasemia:

  • Kebiasaannya pesakit perlu transfusi darah atau pemindahan darah berterusan setiap bulan.
  • Pemindahan darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ2 tersebut.
  • Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
  • Pemindahan sum2 tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.


Bagi sesiapa yang mempunyai masalah Talasemia, tidak digalakkan mengambil supplemen yang mengandungi Zat besi atau Iron yang tinggi. Ini adalah kerana ianya tidak akan membantu dlaam meningkatkan HB, bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat yang berlebihan dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ2 dalam badan.

Oleh itu, pengambilan Vitalea Iron Formula Shaklee dan Alfalfa tidak digalakkan untuk pesakit Talasemia.



Cadangan Supplement:



Cadangan supplement yang harus diambil adalah:

Energizing Soy Protein (ESP): disarankan kerana protein membantu dalam pembinaan sel2 baru dalam tubuh badan, ini termasukla sel2 darah merah. ESP juga boleh meningkatkan tenaga.

Vitamin B Complex: membantu dalam meningkatkan tenaga dan diperlukan untuk membina sel darah merah.

Vitamin E : juga baik sebagai antioxidan yang membantu melindungi sel darah merah.

Ostematrix: (lengkap dengan Magnesium dan Vitamin D) juga antara vitamin yang akan memberi manfaat kerana ia membantu meningkatkan tenaga.



Tips dan Peringatan:


  • Elakkan makanan yang mengandungi zat besi. Sesetengah pesakit talasemia perlu mendapatkan pemindahan darah yang kerap. Ini menyebabkan berlebihan membina besi di dalam badan yang boleh merosakkan jantung dan organ-organ lain. Protein yang tinggi dalam besi dan harus dielakkan termasuk hati, tiram, kacang, daging, mentega kacang dan tauhu. Bijian yang kaya besi termasuk tortillas tepung, bijirin bayi, dan krim gandum. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi besi dan harus dielakkan termasuk prun, tembikai, kacang, brokoli, kismis, bayam, dan sayur-sayuran berdaun hijau.

  • Makan banyak makanan yang mengandungi kalsium. Ini adalah amat penting untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat. Ini adalah penting bagi orang-orang yang mempunyai talasemia sejak tulang lemah dan rapuh boleh menjadi komplikasi penyakit. Produk tenusu adalah sumber kalsium yang baik. Manfaat tambahan ialah bahawa produk tenusu mengurangkan keupayaan badan untuk menyerap zat besi.

  • Pastikan terdapat vitamin D dalam diet anda. Vitamin D diperlukan supaya badan boleh menyerap kalsium. Vitamin D yang terkandung dalam telur, produk tenusu dan ikan.

  • Elakkan pengambilan jus oren kerana pengambilan jus oren akan meningkatkn penyerapan zat besi dalam sistem saraf.

  • Pengambilan teh dan kopi dapat mengurangkan jumlah zat besi yang telah diserap badan.


Jika anda salah seorang yang menghidapi Talasemia bersegeralah buat ujian saringan, dan jika ingin dapatkan supplemen tambahan yang dicadangkan ini boleh hubungi UM untuk maklumat lanjut. :)



Sharing is caring, Sharing is loving, Sharing is blessing!



Suryana Mat Hassan
0132750687
Pengedar Shaklee Kuala Pilah & Seluruh Malaysia



Love;
UM



SILA KLIK DISCLAIMER INI!


==========================================

***** Produk2 ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit *****














Featured post

ADAKAH SUPLEMENT YANG ANDA AMBIL SEKARANG SELAMAT?

KRITERIA- KRITERIA MEMILIH SUPLEMEN YANG SELAMAT. Bismillahirrahmaanirrahim.. "Saya nak makan vitamin, suplemen, tapi takut ad...