Tuesday, 29 December 2015

TIPS JIMAT BERBELANJA BARANG DAPUR

BISMILLAHIRRHMAANIRRAHIM..

Assalamualaikum sahabat2 maya UM..apa khabar hari ini? tak beberapa hari lagi kita akan melangkah masuk ke tahun 2016.. Dunia semakin lama semakin tua kan..putaran masa tanpa kita sedari begitu cepat.

2016..Apa yang bakal kita lalui? Adakah lebih baik, mencabar, atau sama seperti tahun sebelum ini. Ramai yang dah maklum tahun 2016 bakal kita hadapi dengan kenaikan harga barang2, minyak, tol dsb; tahun sebelum ni pun dah banyak dah barang naik dan tak payah cakapla yang barang akan turun kan.. Bagi rakyat yang biasa2 macam UM ni, nak mengeluh pun macam tu la, apapun kita terpaksa melakukan sesuatu untuk perbelanjaan kewangan keluarga kita.

Entry kali ini UM ingin berkongsi sedikit tips khasnya untuk kaum isteri, kaum ibu dan kaum wanita yang biasanya kerap berbelanja barang dapur. Siapa lagi kan kalau tak kita..hehe. Moga sedikit tips ni dapat membantu. Antara tips yang disarankan;

1-  Semestinya buat senarai bahan makanan yang hendak dibeli dan pastikan mengikut apa yang perlu sahaja supaya tidak membazir.

2-  Membeli sesuatu jenis makanan yang bermusim seperti buah-buahan contohnya, dalam musim buah tersebut, supaya dapat harga yang lebih murah.

3- Beli barang makanan yang tidak berjenama tetapi mempunyai kualiti yang serupa dengan yang berjenama terkenal, seperti bahan makanan keluaran sesuatu pasaraya.

4-  Cuba elakkan beli makanan yang siap dibungkus (pack) di pasaraya kerana biasanya berharga lebih mahal, kecuali ada kupon potongan harga.

5-  Beli secara pukal terutamanya bagi barang yang tahan lama kerana harganya lebih murah berbanding dengan beli sedikit-sedikit tetapi kerap. Namun begitu, jumlah yang dibeli perlulah mengikut keperluan dalam tempoh tertentu. Jika beli terlampau banyak tetapi tidak habis digunakan, sudah tentu akan membazir.

6-  Buat perbandingan harga pasaraya mana yang paling murah. Contohnya UM dengan suami sendiri, kami suka buat comparison harga, promosi tu tak adalah kami ikut sangat, tapi kami bandingkan harga pasaraya mana yang paling murah. Setakat ini pilihan kami adalah Mydin sebab bagi kami murah berbanding pasaraya yang lain, kadang2 pasaraya A atau B buat promosi barang, tetapi harga mereka lebih kurang sama je dengan harga di Mydin yang tidak ada promosi ketika itu.
Tetapi terpulang juga kepada anda, sebab sesetengah Mydin ada juga barang yang lebih kurang mahalnya. Kalau barang2 kering yang boleh dibeli selain kedai runcit, SpeedMart juga pilihan kami kerana harga memang berbaloi di sana.

7-  Kalau bab barang basah pula, macam ikan2 dan sayur cukupla beli untuk 3-4 hari sahaja, selepas itu, lebih baik beli yang lain pulak sebab fresh2 lagi baik kan. Kalau nak kesegaran yang lama, ikan contonya, tak perlu siang awal2, simpan dalam fridge dulu, bila nak masak barulah siang. Memang ikan akan tahan lama dan lebih segar..:) Sayur2 pulak kalau jenis berdaun, elokla beli untuk dimasak dalam masa terdekat kerana biasanya yang berdaun ni mudah layu. Untuk tahan lebih lama, boleh siap2 potong dan letak dalam tupperware. Planning menu dan nak masak apa tu sangatla penting, kalau tak, ada ja sayur2 yang busuk dan terpaksa buang.huhu..

8-  Selain itu, bagi mereka yang ada ruang atau tanah di rumah, elokla menanam sayur-sayuran untuk keperluan sendiri seperti bawang, cili, serai dan sebagainya. Sayur- sayuran boleh ditanam di atas tanah, pasu atau secara hidroponik. Sekurang kurangnya ia dapat membantu mengurangkan belanja membeli sayur- sayuran di pasar..:-)

Apapun perancangan dan kawalan nafsu kita sendiri adalah penting, normal bagi manusia kadang2 kita terlebih membeli mengikut kehendak, yang mana boleh kawal mengikut kemampuan, kawallah sebaiknya. Moga dapat memberi idea kepada kaum hawa di luar sana, kaum adam pun sama jugak.


Jom kita sama2 berjimat dalam perbelanjaan, inshaaALLAH..^_^





Love.
UM









Featured post

ADAKAH SUPLEMENT YANG ANDA AMBIL SEKARANG SELAMAT?

KRITERIA- KRITERIA MEMILIH SUPLEMEN YANG SELAMAT. Bismillahirrahmaanirrahim.. "Saya nak makan vitamin, suplemen, tapi takut ad...