DARI DAPUR NA: RESEPI SAGU GULA MELAKA
BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..
Salam 13 Ramadhan..terfikir2 nak buat pencuci mulut apa berbuka nanti? Biasa makan tak sagu gula melaka ni? Orang kelantan panggil Sanggupal. Sedap sangat..salah satu feberet UM dan suami. dulu masa UM kecil2 suka makan..terkenang2 sampai tua ni.:p. Puasa ni sekali sekala boleh la buat ketika berbuka kan ;) Beli kat pasar malam rm2.50 satu bekas kecil you allsss..tak puas hati, tak genap ore kelate royat :D Jadiiiii kita buatlaa haa..mudah je..lets check it out!
Bahan-bahan:
- 1 packet kecil sagu
- 2-3 sudu sirap rose kalau nak merah, kalau nak colour lain letak sirap lain. Terang atau tidak bergantung pada kuantiti sirap yang dikehendaki, tapi UM buat sedang2 je tak nak terang sangat warnanya :)
- 1 ketul / 1 kerek gula melaka
- 4-5 sudu gula
- Sehelai daun pandan
- 1 tin susu cair
- Air secukupnya
Cara-cara:
1. Untuk sagu, didihkan air dalam periuk,(sepeket sagu dalam anggaran 5 cawan air) kemudian masukkan sirap dan sagu. Kena kacau sentiasa supaya tidak melekat dan warna sirap sebati dengan sagu. Siap sejukkan dahulu.
2. Petua orang dulu2, lepas sagu masak chewy2 gitu, alirkan sagu bawah air paip untuk buangkan lebihan kanji pada sagu dan mencantikkan lagi sagu kita. :)
3. Untuk gula melaka, panaskan air dalam 1 1/2 cawan, masukkan gula melaka bersama daun pandan dan gula untuk tambah kemanisan. Biarkan mendidih dan adjust manisnya. Pesanan penaja: kurangkan manis kalau boleh :P
4. Lepas masak dan dah sejuk semua, hidangkan sama ada dalam bekas, cawan puding atau sebagainya dengan susunan; letak air gula melaka,sagu dan last sekali susu cair.
Masukkan dalam peti ais dan biar sejuk.
Nah, ambil satu jag sorang, sebelum ni tak puas hati beli bekas kecik kan..huhu. Makan sejuk2..Sooo heaven!
INDAHNYA RAMADHAN..
Selamat mencuba! ;)
Love;
UM
Chef amatur