Monday 30 May 2016

SOPAK DAN CARA MERAWATNYA

 SOPAK DAN VIVIX






BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..


Anda semua biasa tak tengok kulit mereka yang ada tompok2 putih? Dulu UM kalau nampak mesti fikirkn kulit mereka ada masalah panau, tapi rupanya bukan, panau ni berbeza dengan sopak. Apa yang UM nak kongsi di sini pula adalah pasal sopak. :)

Sopak atau dalam bahasa perubatannya "Vitiligo" merupakan sejenis penyakit kulit yang membuatkan penghidapnya mempunyai kulit bertompok-tompok putih yang tidak mempunyai pigmen.Kehadirannya dipercayai berpunca daripada masalah pigmentasi, yang mana sel2 yang menghasilkan pigmen, iaitu melanosit, dirosakkan oleh auto antibody atau antibodi yang dihasilkan oleh pesakit itu sendiri.

Tanda utama penyakit ini ialah timbulnya tompok2 putih di atas kulit, tetapi ia juga boleh melibatkan kawasan yang mempunyai rambut atau bulu. Penyakit Vitiligo ini tidak menyebabkan rasa sakit atau gatal.

Kebanyakan kes yang melibatkan penyakit sopak ini sering berlaku kepada mereka yang berumur di bawah 20-an, namun ia boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia atau jantina. Ia juga bukanlah penyakit berjangkit. Ia boleh menyerang beberapa kawasan badan secara serentak atau secara berperingkat-peringkat.

Punca terjadinya sopak boleh disimpulkan daripada hasil kajian dan penyelidikan ialah faktor genetik, apabila penghasilan antibodi yang menyerang melanosit di kulit pesakit menyebabkan kemusnahan melanosit tersebut. Kemusnahan melanosit akan menjejaskan penghasilan pigmen di kawasan yang terlibat dan menyebabkan kulit tiada pigmen (warna).





Bagaimana cara merawat sopak?


Rawatan untuk sopak perlu dilakukan untuk jangka masa yang lama, bergantung juga dengan faktor2 jenis sopak dan juga keluasan permukaan kulit yang terlibat.

Antara rawatannya:


  • Rawatan menggunakan krim yang mengandungi bahan immunomodulator akan mengurangkan atau memberhentikan kerosakan melanosit yang disebabkan oleh antibodi. Ini sekaligus memberi peluang untuk pigmen kembali mewarnai tompokan yang terlibat.
  • Rawatan fototerapi menggunakan cahaya ultra violet juga boleh dilakukan di hospital yang mempunyai kemudahan tersebut. Kini ada juga rawatan laser dan rawatan pembedahan yang melibatkan kaedah pemindahan sel kulit atau melanosit yang diambil dari kulit normal pesakit itu sendiri. Tetapi melakukan pemindahan sel kulit ini mengeluarkan belanja yang sangat mahal.
  • Anda juga boleh melakukan rawatan alternatif lain seperti mengamalkan pengambilan makanan tambahan atau supplement seperti Vivix dan ESP dari Shaklee.



SET SOPAK SHAKLEE


  • Bagaimana Vivix membantu? Vivix yang mengandungi resveratrol dan polifenol yang baik dan mengandungi antioksidan yang tinggi untuk melawan dan merawat kerosakan kulit yang berlaku. Vivix melindungi dan membaiki selular DNA, dan memberi impak positif kepada pengawalan genetik. Vivix bertindak dengan cara menghalang pembentukan protein AGE (Advanced Glycation End Products) di dalam tubuh. Protein AGE yang terbentuk boleh menyekat sel2 badan2 kita daripada berfungsi. Pengambilan secara konsisten akan menghasilkan kesan yang mengagumkan.
  •  ESP pula merupakan protein yang penting pesakit sopak. Ianya merawat dan memperbaiki sel yang rosak dan mengatasi masalah pigmentasi. Merangsang semula pembentukan semula otot dan kulit mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot. Pengambilan protein yang cukup yang akan membantu menghasilkan sel yang sihat.



Disini UM sertakan testimoni yang diambil dari seorang pesakit Mat Salleh ini.




Pelbagai alternatif rawatan yang boleh diambil, jika anda atau orang sekeliling mempunyai masalah sopak ini, boleh cadangkan Set Sopak Shaklee, inshaaALLAH.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi UM ya :)


Suryana Mat Hassan
0132750687
Pengedar Shaklee Kuala Pilah & Seluruh Malaysia






Love;
UM


Sebahagian sumber dari: Dr.Zubaidi hj Ahmad


SILA KLIK DISCLAIMER INI!




======================================================


***** Produk2 ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit *****















Featured post

ADAKAH SUPLEMENT YANG ANDA AMBIL SEKARANG SELAMAT?

KRITERIA- KRITERIA MEMILIH SUPLEMEN YANG SELAMAT. Bismillahirrahmaanirrahim.. "Saya nak makan vitamin, suplemen, tapi takut ad...