Tuesday, 19 January 2016

MAKNA HIDUP UNTUK MEMBERI...

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM...

Assalamualaikum, salaam Jumaah Barokah..moga anda semua sentiasa dalam RahmatNYA..:)

Hari Ini Hari Jumaat..dah memberi dah?hehe..memberi apa ye..terpulang pada keikhlasan anda, hendak memberi sedeqah ke, belanja orang makan ke, buang halangan di tengah jalan ke, berkongsi ilmu, ataupun hanya secalit senyuman yang ikhlas! itu pun sedeqah dan sunnah juga kan..;)

UM rasa teruja sangat nak berkongsi tentang indahnya Memberi ni..bila sebut pasal Hidup Untuk Memberi rasa makna ini sangat mendalam. Pertama kali UM tahu perkataan ini melalui suami UM, dialah yang selalu sebut pasal Hidup untuk Memberi ni sejak belum kahwin lagi, bila dah kahwin tu baru betul2 faham apa yang dimaksudkannya..ALHAMDULILLAH..;').





Setiap anggota tubuh kita adalah untuk memberi, memberi kebaikan, manfaat dan sebagainya..erti kata lain sedeqah..sedeqah di jalan ALLAH yang utama kerana DIA lah yang memberi pinjaman kepada kita..

Namun..ada ramai orang yang gagal dalam hidup ini kerana lebih pentingkan bagaimana untuk mendapatkan, berbanding bagaimana untuk memberi. Sedangkan mengikut kajian, orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang banyak memberi. Tapi ada sesetengah berfikir, bukankah dengan menerima kita akan dapat lebih, sebaliknya memberi akan mengurangkan?. Ya, itu hanya persepsi kita sahaja. Hakikatnya amat berbeza, memberi bukan mengurangkan bahkan akan menambah.




Rasulullah S.A.W paling banyak memberi:
Islam ialah agama yang sangat sinonim dengan amalan memberi. Kedatangan Rasulullah S.A.W adalah untuk memberi Rahmat kepada sekalian alam. Sejarah hidup Rasulullah S.A.W memaparkan bagaimana Baginda memberikan tenaga, harta malah jiwanya untuk umat manusia mendapat hidayah Islam. Bahkan salah satu daripada sifat yang wajib bagi Rasulullah S.A.W ialah tabligh, ertinya menyampaikan. Bukankah sifat itu sangat rapat dengan sikap memberi? Apa yang baginda terima sebagai wahyu daripada ALLAH akan terus disampaikannya (diberikannya) kepada umat tanpa disembunyikan hatta satu ayat pun. Begitu tulus dan telus Baginda dalam memberi.

Islam itu sendiri ertinya selamat dan memberi keselamatan. Dalam rukun Iman dan rukun Islam terpancar anjuran memberi itu secara langsung atau tidak langsung. Dalam bacaan solat misalnya, kita diajar, dilatih untuk memberi pujian  kepada ALLAH, berselawat kepada Rasulullah, memberi salam kepada malaikat dan mendoakan orang Islam yang lain, begitu juga dengan syariat puasa.

Manfaat Orang Yang Memberi:

Mengikis Sifat Mazmumah.
Dengan memberi, kita dapat membuang sifat mazmumah seperti sombong, hasad dengki, tamak, pemarah dan lain2 lagi. Harta, ilmu, tenaga, dan apa jua yang kita miliki adalah punca sifat2 mazmumah. Dengan menyimpannya (tanpa memberi), sama seperti menyimpan "virus' berbahaya dalam hati kita. Sebab itu kita diwajibkan mengeluarkan zakat. Istilah zakat itu diambil daripada kata asal "zakah", ertinya membersihkan. Zakat fitrah membersihkan diri manakala zakat harta membersihkan harta. Oleh itu, jika kita tidak mengeluarkan zakat, diri dan harta kita akan "kotor". Kekotoran ini yang menyebabkan kekotoran hati. Hati yang kotor adalah punca penyakit mazmumah. Sebaliknya, dengan memberi zakat, kita umpama mengeluarkan toksik2 daripada diri, harta dan seterusnya hati kita. Apabila hati sihat, kesihatan itulah yang akan menumbuhkan sifat2 mahmudah seperti tawaduk, pemurah, pemaaf dan sebagainya.



Mendapat Lebih Banyak.
Percayakah bahawa dengan memberi kita akan mendapat lebih banyak? Iaitu dengan memberi harta, ilmu, iman, tenaga dan lain2 milik kita tidak akan berkurangan malah akan bertambah. Ini disebabkan apabila kita memberi, ALLAH akan membuka pintu rezeki, ilmu dan iman yang lebih luas untuk kita. FirmanNYA;"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap2 tangkai itu pula mengandungi seratus biji..Dan (ingatlah), ALLAH akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNYA dan ALLAH Maha Luas (rahmat) kurniaNYA, lagi meliputi ilmu pengetahuan-NYA" (Surah al-BAqarah 2:261). Ini janji ALLAh, sesungguhnya DIALAH yang Maha Kaya dan Maha Pemurah.





Wujud Perpaduan dan Keharmonian.
Apabila kita berfikir untuk memberi, kita akan merapatkan sesuatu hubungan. Sebaliknya jika hanya berfikir untuk mendapat, kita akan menjarakkannya. Hukum kasih sayang menyatakan bahawa jika hendak disayangi, mesti terlebih dahulu menyayangi. Hanya dengan "memberi" kasih sayang kita akan mendapat. "Apply"la hukum ini dalam hidup anda, inshaaALLAH menjadi..;). Sebaliknya, sikap tidak mahu memberi akan mencetuskan perbalahan. Kata bijak pandai; "All getting separates you from others; all giving unites you to others".Berfikir untuk mendapat akan menjauhkan diri kita daripada yang lain, berfikir untuk memberi akan menyatu padukan kita.

Namun, mengapa kita enggan memberi? tidak susah untuk menggembirakan orang lain. Mungkin hanya dengan kata2, mungkin hanya dengan senyuman ataupun dengan doa. Berilah kegembiraan kepada orang lain, percayalah ia akan datang semula kepada kita..:)

Dan di atas segala-galanya, ALLAH jualah al-Wahhab iaitu Maha Pemberi, Pengasih dan Pemurah..memberi tanpa pinta di balas..;')..

Moga entry ini dapat memberi sama2 peringatan buat UM sendiri kerana semua milik kita hanyalah pinjaman, dan sebahagian dari hak kita juga mempunyai hak orang lain..moga dimurahkan rezeki buat semua pembaca2 dan sahabat maya UM dan kita sama2 berusaha untuk lebih memberi daripada mendapat atau menerima samaada dari segi keewangan, hadiah, sedeqah, derma, bantuan tenaga dan sebagainya..inshaaALLAH..


THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU GET BACK!





Love,
UM



Some Sources from:
Solusi Magazine by Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.

Saturday, 9 January 2016

Tips Kulit Cantik Dan Sihat

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..

Assalamualaikum sahabaat2 maya..salam ceria dan bahagia..:)

Wanita dan Kecantikan memang tak dapat dipisahkan..nak2 bila sebut pasal penjagaan kulit muka..
UM pun wanita jadi normalla kan kita nak bercakap pasal kecantikan atau kulit..walaupun diri ni biasa2 je..hehe.

Ok, entry hari ni UM nak kongsi tentang petua2 nak jaga kulit atau tips untuk kulit cantik dan sihat.







Pertama sekali, of course la tentang pemakanan kita..MAKAN MAKANAN BERKHASIAT; bila sebut tentang makanan ni memang susah sedikit nak "pantang" kan..hehe. Kalau tengok orang yang kulit dia sihat atau bersih je apa rahsia makanan dia, padahal macam kita juga dia makan.huhu. kawalan tu memang kena ada, bergantung pada kulit kita juga, kalau kulit jenis berminyak, kurangkanlah makan makanan sedemikian. UM pun samalah, kalau makan bedal je mulala rasa macam2 kat muka ni..:p. Hindari atau kurangkan makanan berlemak dan berminyak kerana ia juga punca kepada masalah jerawat dan berminyak. Pengambilan supplemen seperti Vitamin C dan Vitamin E juga perlu untuk antioksidan dan melawan radikal bebas. Anda perlu mengenal pasti makanan yang tidak perlu untuk tubuh anda, ini kerana setiap orang yang mempunyai keperluan yang berbeza. Banyakkan buah2an dan sayur2an kerana ia kaya dengan serat.





BERSENAM; Bersenam secara teratur dan biarkan badan anda berpeluh. Surirmah? anda boleh bersenam dengan mengemas rumah, menyapu, mengemop lantai atau main kejar2 dengan anak.hehe.(Itulah yang dibuat oleh UM sejak Mujaheed boleh berlari ni.huhu)






MINUM AIR PUTIH: Amalkan minum air putih 8 gelas sehari atau kadar liter mengikut berat anda. Air penting untuk menggantikan cecair atau peluh yang keluar dari badan  kita dan air juga penting untuk proses penghadaman. Kelancaran darah juga menjadikan kulit kembali berseri.






CUCI MUKA SEBELUM TIDUR: Biasakan kulit anda tidur dengan keadaan yang bersih. Menggunakan pencuci muka yang sesuai, toner dan krim malam untuk membaiki tekstur wajah dan melembapkan kulit. Jangan tidur dengan make up masih di muka. Seminggu sekali boleh guna pupur atau skrub wajah. Set Penjagaan Kulit Pilihan UM? Sudah tentu NutriWHite Skin Care!^___^






TIDUR YANG CUKUP: Tidur 8 jam sehari amat penting kerana ia merehatkan badan agar sistem tubuh berjalan dengan baik.  Jika tidak cukup tidur, anda akan mengalami masalah jerawat, tubuh lesu dan tidak bermaya. Tidur yang tidak cukup juga boleh menyebabkan lingkaran bawah mata. Hati2 jangan sampai orang panggil anda Pandawoman atau burung hantu..@_@







LINDUNGI KULIT DARIPADA MATAHARI; Penting untuk kulit kita dilindungi dari sinaran matahari kerana ia bertujuan mengelakkan muka dari menjadi merah, terbakar, timbul garis kedutan dan pigmentasi. Oleh itu, anda digalakkan memakai krim tabir suria atau sunblock ketika keluar ari rumah setiap hari. Sunblock Nutriwhite adalah pilihan UM ketika keluar, besttt sangat, tak melekit dan lembut di wajah, tak perlu risau walaupun kulit UM ni kategori kulit berminyak juga..^_^



SET RANGKAIAN PENJAGAAN MUKA NUTRI WHITE:
Selamat, semulajadi tanpa bahan kimia dan berkesan!




TESTIMONI PEMAKAIAN SET BASIC NUTRIWHITE:





 SUPPLEMEN VITAMIN C DAN VITAMIN UNTUK KESIHATAN KULIT:



Antara set kecantikan yang UM cadangkan, jika sahabat2 berminat boleh hubungi UM ye; 0132750687. Moga perkongsian tips ini sedikit sebanyak membantu..WANITA..KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA..:)





Love,
UM.






Featured post

ADAKAH SUPLEMENT YANG ANDA AMBIL SEKARANG SELAMAT?

KRITERIA- KRITERIA MEMILIH SUPLEMEN YANG SELAMAT. Bismillahirrahmaanirrahim.. "Saya nak makan vitamin, suplemen, tapi takut ad...