Sunday, 14 February 2016

SLE: PENYAKIT SERIBU WAJAH

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..

Assalamualaikum..apa khabar hari ni sahabat2..moga sentiasa sihat dan ceria selalu..:)

Entry kali ini UM ingin berkongsi tentang penyakit lupus atau SLE..pernah dengar tak tentang penyakit ni? UM bukanlah doktor atau pakar kesihatan untuk berkongsi tentang penyakit2 ni..cuma ingin berkongsi sedikit pengetahuan untuk diri UM sendiri dan mungkin juga sahabat2 UM di luar sana yang mungkin baru pertama kali mendengar tentang penyakit ini.

Sebenarnya telah lama UM mendengar tentang SLE ini, sebabnya..salah seorang sahabat lama UM masa di sekolah menengah dulu ada menghidap penyakit SLE..waktu tu yang UM tahu, penyakit ni berkaitan dengan sendi, saraf dan buah pinggang. Sungguh, sahabat UM memang lama menghidap penyakit ini dan UM sama2 melalui dugaan sahabat UM ketika beliau mengalami sakit, rawatan pembedahan dan sebagainya..ALLAH..sebak rasa bila teringat..kerana beliau sekarang telah tiada...terlalu banyak kenangan bersama beliau...moga dirimu bahagia di sana sahabatku..(AL-FATIHAH)...


Berbalik tentang penyakit SLE, UM ingin berkongsi serba sedikit info;

APAKAH ITU SLE?

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang di panggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Ia juga penyakit kronik yang boleh menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru2 dan organ2 yang lain.






Jenis Lupus terbahagi kepada dua;

1- Discoid Lupus Erythematons (DLE); iaitu hanya melibatkan kulit dan jarang merebak ke organ lain.

2- Systematic Lupus Erythematosus (SLE); boleh merebak ke organ lain dan boleh mengakibatkan kematian.

3- Lupus Neonatal; keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto- anti bodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti - RO (SSA) dan anti- la (SSB).

Statistik penyakit SLE;
- Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak2.
- Lebih kurang 90% yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.

Ratio Pengidap SLE: 
Di Barat, di kalangan Afro- Caribbean- 1 dalam 250 - 500 orang.
Di Amerika Syarikat - 1 dalam 2000 orang.
Di Negara China- 1 dalam 1000 orang.

Di Malaysia, di anggarkan lebih daripada 10 000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE belum disahkan.


GEJALA - GEJALA SLE:

Simptom atau gejala penyakit SLE ada banyak, sebab itulah ia dipanggil "penyakit seribu wajah". Gejala biasa yang dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis) selalunya diringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission) dan ada masanya menjadi aktif (relapse).

Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza2 sama ada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak di ketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok2 merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti "kupu2".



Namun pesakit SLE dari segi medical science belum ada penawar, maksudnya walaupun dengan bantuan suplemen atau ubatan, ianya lebih kepada mengawal aktiviti cell SLE atau Lupus dari aktif menyerang tubuh.

Tetapi jika ada yang ingin berikhtiar dengan bantuan suplemen Shaklee, suplemen yang sesuai dan terbaik adalah VIVIX SHAKLEE kerana Vivix  mampu mempertahankan dan membaiki sel dan serangan SLE adalah kerana sel pada sistem pertahanan. Sistem imun menyerang tubuh pesakit itu sendiri, jadi sel tersebut harus "dibaiki" terlebih dahulu.



Antara testimonial - testimonial yang berikhtiar dengan Vivix Shaklee:



Tidak perlu makan steroid dan hanya amalkan Vivix dan Omega Shaklee





Penyakit SLE semakin ringan selepas amalkan Vivix selama 3 minggu


ALHAMDULILLAH..moga entry UM yang tak seberapa ini mampu memberi harapan atau alternatif bagi pesakit SLE untuk mencari penawar bagi meringankan sakit SLE yang mereka hidapi, sesungguhnya dengan segala iziNNYA tiada yang mustahil..moga kita juga lebih peka dan celik tentang gejala penyakit SLE ini..inshaaALLAH..:)

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan tentang Vivix Shaklee, boleh hubungi UM di talian 0132750687..^___^








Love;
UM




Some sources:
www.lupusmalaysia.org



========================================================================



***Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit***





Sunday, 7 February 2016

BERHENTI MEROKOK? ANDA BOLEH!

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM...

Assalamualaikum dan selamat bercuti..sempena raya cina ni mesti ramai yang berpusu2 balik kampung kan...hati2 di jalan raya yaa..:)

Tajuk entry kali ini tentang merokok..hurmm..ada sesetengah orang akan fikir tajuk ni akan mengundang sensitiviti di kalangan pembaca atau orang di sekeliling yang merokok..samaada dari segi kesan bahaya, hukum merokok dari pandangan Islam, atau lain2 isu lagi.




Ada sesetengah perokok sedar bahawa merokok sangat merbahaya pada kesihatan mereka, namun kerana telah terbiasa atau tabiat yang telah lama merokok, mereka agak sukar untuk melakukan perubahan untuk berhenti merokok. Antara kesan2 yang merbahaya dari tabiat merokok ini:
- kanser ginjal
- jantung
- kanser paru2
- kanser mulut
- kanser tekak
- dan pelbagai penyakit kronik lagi





Di sini, UM ingin berkongsi sedikit tips atau langkah- langkah untuk berhenti merokok..inshaaALLAH moga dapat membantu..

1) Niat yang sungguh-sungguh untuk berhenti merokok.
2) Belajar membenci rokok.
3) Bergaullah dengan orang yang tidak merokok.
4) Jika ingin merokok, cubalah untuk menangguh-nangguh.
5) Jangan biasaakan diri melepak atau membuang masa, ini akan buat anda bosan dan ingin merokok.
6) Biasakan diri melihat orang sakit agar tahu betapa pentingnya kesihatan.
7) dapatkan sokongan dari keluarga atau orang tersayang.
8) Jika tidak pasti ingin mula berhenti, cubalah di bulan Ramadhan (puasa bagi Muslim).
9) Cuba dan cuba lagi jika masih gagal!

Haa..selain dari di atas tu, ada satu cara lain lagi yang UM rasa UM patut berkongsi iaitu anda boleh mengambil Vivix Shaklee sebagai alternatif. Bagaimana Vivix hilangkan ketagihan merokok?

Dah banyak testimonial yang dikongsikan tentang kejayaan berhenti merokok dengan Vivix.


Persoalannya, bagaimana Vivix boleh hilangkan ketagihan merokok?
1. Vivix men-detox-kan nikotin dari dalam darah, organ, otak, dan sebagainya. Bila nikotin tiada, rasa ketagih nak nikotin pun akan hilang.

2. Orang merokok merasakan satu "feeling" bila dia hisap rokok. Sebab itulah bila dia berhenti hisap rokok, otak dia rasa lain macam dan memanggil2 untuk dia hisap rokok balik untuk mendapatkan semula "feeling" tu. Vivix boleh memberikan "feeling" tu, jadi bila dia minum Vivix, dia tidak rasa terpamggil untuk merokok.

3. Vivix mengurangkan simptom withdrawal bila berhenti merokok. Simptom ini agak teruk juga, sebab itulah ramai orang yang berhenti merokok tiba2, dia kena mcam2 penyakit. Senang cakap, badan 'terkejut' dengan keadaan yang dia tak biasa (tiada sumber nikotin). InshaaALLAH dengan Vivix boleh redakan kejutan tu.:)


.

Ikhtiar dengan Vivix bagi perokok tegar

Kita tengok pula antara testimoni2 yang berjaya dengan Vivix..:)


testimoni 1


testimoni 2



testimoni 3


ALHAMDULILLAH..mereka telah berjaya berhenti merokok dengan ikhtiar Vivix..anda pula bagaimana? Masih berkira2 dengan wang samaada ingin mencuba vivix atau meneruskan pembelian rokok anda yang lebih mahal dari sebotol Vivix ni? harga sekotak rokok pun boleh kita gunakan untuk perbelanjaan lain..




Semuanya atas pilihan anda..tapi buatlah pilihan yang bijak demi masa depan juga kesihatan anda...:)
Ingin dapatkan Vivix? boleh hubungi UM segera di nombor 0132750687.
Fast Action Fast Result!



Love;
UM



========================================================================


***Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit***



Friday, 5 February 2016

VIVIX..PENEMUAN SAINTIFIK YANG HEBAT

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..

Assalamualaikum..haa..pernah dengar tak tentang Si Ratu Vivix Shaklee ni..^_^
Tak Pernah? Enggak apain..UM nak berceritala ni..stay tune tau..jangan baca sambil tidur ek..:p






VIVIX:

Penyelidikan canggih sejagat untuk menentang penuaan selular dan perkongsian penyelidikan bertahun-tahun dengan saintis terkemuka telah menghasilkan Vivix- penemuan saintifik yang hebat dari Shaklee. Hanya Vivix mengandungi adunan Fitonutrien Proprietari, yang memanfaatkan kuasa ANGGUR MUSCADINE yang jarang ditemui dan Resveratrol, menghasilkan 10x lebih efektif. dari hanya resveratrol sahaja dalam melambatkan mekanisme utama penuaan selular. 


4 MEKANISMA PENUAAN PADA TAHAP SELLULAR
==========================================

1. KEROSAKAN DNA;
 Setiap hari, sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan2 ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu "typo" (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur. Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA.

2. PENGAWALAN GENETIK:
   Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular. Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.

3. PENGELUARAN TENAGA YANG KIAN MENURUN OLEH SEL2:
    Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun fungsi sel turut menurun. Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukkan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

4. PENIMBUNAN PROTIN AGE:
     Penimbunan berlebihan protin AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur.
Ramuan Vivix adalah 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur "muscadine") untuk melambatkan pembentukan protin AGE.

RAMUAN SEMULAJADI: 

1)  MUSCADINE GRAPE: Anggur Muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom, dan kerana pasangan tambahan kromosom ini, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat antioksidan yang lebih kukuh. Saiz daripada anggur muscadine adalah sebesar bola golf. Kerana pertumbuhan alam sekitarnya yang unik, cahaya matahari yang kuat ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol. Untuk mencipta profil Polyphenol yang kuat di dalam Vivix, ahli sains menggabungkan resveratrol yang tulen dengan ekstrak dari anggur hebat ini, Elderberry Eropah dan Karet Ungu.


Size Anggur Muscadine yang berganda dari anggur biasa



Anggur Muscadine mempunyai tahap resveratrol paling tinggi



PURPLE CARROT: Ianya adalah sumber terbaik Vitamin A, dan mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins, dan sesquiterpenes. ia juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yang mustajab. Anthocyanins adalah antioksidan utama di dalam karet yang berwarna ungu-kuning dan ungu-oren, dan karet ungu-kuning mengandungi kapasiti antioksidan tertinggi, diikuti oleh karet ungu-oren. Vitamin A yang tinggi bagus untuk mengelak arteri tersumbat yang menyebabkan stroke. Lobak ungu ini juga bersifat anti karsinogen membantu mengurangkan risiko kanser juga melawan penyakit kanser.


Lobak ungu antara bahan utama di dalam Vivix


ELDERBERRY (SAMBUCUS NIGRA) ; Satu daripada manfaatnya adalah keberkesanannya dalam mengubati simptom flu, terutama sekali influenza B. Berry mengandungi flavonoids, yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat, dengan yang demikian mengukuhkan sistem immun melawan jangkitan virus dan bakteria. Ia juga dapat merendahkan tahap kolesterol dan juga menghalang oksidasi kolesterol LDL. Oksidasi LDL dianggap sebagai satu penyebab penting penyakit kardiovaskular. Kesimpulannya, elderberry mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk strok dan serangan sakit jantung. Seterusnya untuk pengurangan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman.


POLYGONUM CUSPIDATUM: Juga dikenali sebagai Knotweed Jepun, adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia, yang juga banyak di temui di Amerika Utara dan Eropah. Mempunyai banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan suplemen anti-penuaan seperti resveratrol dan banyak jenis perubatan tradisional Cina. Resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet, dan mengurangkan berat badan.

Kesimpulannya, Sirap Botani bernama Vivix ni mampu membantu dan memelihara kesihatan jantung, otak, sistem imun, sendi, perlindungan antioksidan, malah penyakit2 kronik yang lain..dengan izin NYA..inshaaALLAH :)

Jom UM jamu dengan testimonial2 Vivix yang terlalu banyak, tapi UM masukkan sebahagian jela ye..kan jenuh nak skrol..:P


testimoni untuk stroke



testimoni untuk cyst




testimoni untuk batu karang




testimoni untuk kencing manis






testimoni untuk diabetes





testimoni untuk ibu berpantang czer.




eh2..macam kenal pulak dengan actress ni..patutla orangnya cantik dan ayu..amalkan vivix juga..cantik dan sihat dengan VIVIX!




Haa..ini je yang mampu UM up kan..sebab terlalu banyak testimoni Vivix ni..berbaloi la dengan harga nya..walaupun orang cakap "kalah membeli, tapi menang memakai gitu..:) Nak dapatkan Vivix dan harga terbaik? jom contact Um, bulan ni tengah promosi tau, rugi tak grab cepat2!
Wassap atau mesej UM laju2 ya..0132750687 ^____^





Love;
UM


========================================================================


***Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit***









Thursday, 4 February 2016

BUASIR..SIKSA OII!

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM...

Assalamualaikum..salaam kasih sayang dari UM..:)

Kali ini UM nak bicarakan tentang penyakit buasir. Aduh..siapa yang biasa lalui mesti tahu macam mana azabnya kan..huhu. Buasir atau hemorrhoid adalah penyakit di bahagian kawasan dubur. Buasir merupakan kusyen vaskular yang bertindak sebagai penghadang setiap kali membuang air besar. Ia akan menutup dubur secara menyeluruh dengan lembut bagi mengelakkan kebocoran najis atau cecair. Ia merupakan komponen normal dalam anatomi manusia.




Masalah timbul apabila berlaku pembengkakan pada kusyen vaskular akibat tekanan atau stress yang diberikan pada rektum berikutan aktiviti meneran. Bengkak ini disebabkan pengembangan saluran darah pada bahagian dubur atau ketumbuhan sel yang melapisi saluran itu. Pendarahan semasa membuang air besar sering berlaku akibat penggeselan najis keras menyebabkan buasir (salur dubur bengkak atau luka).

FAKTOR DAN JENIS BUASIR:

Antara faktor penyumbang kepada masalah buasir ini adalah dari cara pembuangan najis yang salah iaitu gemar meneran apabila membuang air besar, masalah sembelit dan obesiti (berlebihan berat badan). Apabila sekilogram berat badan bertambah, abdomen berisiko berdepan dengan bebanan tidak wajar. Apabila diikuti dengan diet tidak betul, ia akan meningkatkan lagi risiko buasir. Wanita hamil juga tidak terkecuali menghidap masalah buasir akibat tekanan kandungan yang semakin membesar.

Terdapat dua jenis buasir, iaitu Buasir Dalam (bengkak pada bahagian dalam) dan Buasir Luar (bengkak terjulur keluar dari daripada saluran dubur) dan dua jenis ini boleh berlaku serentak atau berasingan.




TANDA-TANDA BUASIR:

~ Rasa gatal atau sakit di sekeliling dubur.
~ Darah segar yang menitis ketika membuang najis.
~ Rasa pedih sekitar rektum.
~ Luka pada saluran dubur disebabkan nanah.
~ Sukar membuang air besar.
~ Rasa kepanasan selepas membuang air.
~ Rasa sakit berdenyut.
~ Tidak selesa pada bahagian dubur ketika berdiri lama atau bertinggung lama.

TIPS ATASI BUASIR:

~ Langkah utama untuk menangani masalah buasir adalah dengan menyelesaikan masalah sembelit kerana buasir juga berpunca dari sembelit.
~ Amalkan minum air masak sekurang kurangnya 3 liter. Kekurangan air putih bukan sahaja mengganggu sistem pencernaan malah kulit juga akan kering dan mengundang banyak lagi penyakit.
~ Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran berserat, buahan2 seperti betik, oren, mangga dan sebagainya bagus untuk elakkan sembelit.
~ Boleh cuba minum segelas susu yang dicampur dengan madu setiap pagi atau malam.
~ Bagi yang tidak suka susu, boleh cuba Ostematrix Shaklee untuk atasi sembelit. Suplemen ni memang wajib, nak2 untuk breastfeeding mom macam UM ni, perlu sangat. Untuk wanita hamil pun digalakkan sangat sebab wanita hamil kebanyakan mempunyai masalah sembelit dan lebih teruk lagi buasir..




testimonial 



testimonial


Selain itu, masalah buasir juga boleh di atasi dengan SET BUASIR SHAKLEE;

OMEGA BUARD: Mengurngkan bengkak akibat buasir, kurangkan radang dan kesakitan.

ZINC COMPLEX: Untuk sembuhkan luka akibat buasir berdarah.

OSTEOMATRIX: Melembutkan najis dan memudahkan proses pembuangan najis.






Buasir ni bukan masalah biasa kalau dah sampai tahap berdarah teruk, bernanah..ada tu sampai tak boleh duduk, rasa sakit teramat, jadi jangan sampai ia jadi semakin teruk, anda boleh mencegahnya..
Ibu hamil dan berpantang pun tak boleh lari dari masalah buasir ni kan, inshaaALLAH set buasir Shaklee selamat untuk ibu2..jangan risau :). Jika berminat dengan set buasir di atas, boleh hubungi UM di nombor 0132750687. :)

Jangan biarkan hidup anda suram kerana buasir.....




Love;
UM



========================================================================


***Produk - produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit***








Featured post

ADAKAH SUPLEMENT YANG ANDA AMBIL SEKARANG SELAMAT?

KRITERIA- KRITERIA MEMILIH SUPLEMEN YANG SELAMAT. Bismillahirrahmaanirrahim.. "Saya nak makan vitamin, suplemen, tapi takut ad...