Tuesday 10 May 2016

SAKIT SENDI KINI TIADA LAGI

VIVIX DAN SAKIT SENDI





BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..

     Apa khabar sahabat maya UM hari ini? moga sihat2 aja yaa..:) Pernah tak sahabat2 UM atau orang tersayang alami sakit sendi atau Arthritis? naik tangga sikit dah lenguh, jalan lama sikit kaki dah bengkak, berdiri lama pun lenguh2..huhu. Itu salah satu kesakitan yang melibatkan sendi kita.
Sebelum tu UM nak share sedikit apa itu sendi dan kepentingannya.

     Sendi-sendi membentuk hubungan antara tulang-temulang yang memberi sokongan dan membantu kita bergerak. Ia terdiri daripada tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair sinovia(bendalir yang melicinkan sendi) yang memberi keselesaan antara tulang temulang dan membantu penyerapan hentakan daripada pergerakkan.

     Semakin meningkat usia, tulang rawan akan menyusut secara semulajadi. Tekanan fizikal berterusan dan beban boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan dan menyebabkan ketidakselesaan sendi.
     Penyakit sendi ni selalu disebut sebagai penyakit Arthritis. Penyakit ini merupakan suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain. Bahayakah penyakit Arthritis ini? Sebanyak 1-3% daripada penduduk seluruh dunia mengalami penyakit radang sendi. Kebarangkaliannya akan meningkat pada usia 30 sehingga 50 tahun. Wanita yang belum mengalami putus haid adalah lebih berisiko untuk mendapat penyakit Arthritis ini berbanding kaum lelaki.

Arthritis terbahagi kepada dua iaitu:-
1- Rheumatoid Arthritis
2- Osteoarthritis


UM terangkan dahulu tentang 1- Rheumatoid ye :)

Apa penyebab Arthritis ini berlaku?

Penyebab Rheumatoid Arthritis masih belum diketahui. Namun, diketahui bahawa rheumatoid arthritis adalah penyakit autoimun semulajadi sistem kekebalan tubuh tidak beroperasi dengan betul, sehingga sistem kekebalan tubuh menyerang rangkaian sendi yang sihat dan menyebabkan keradangan dan kerosakan sendi seterusnya. Genetik juga memainkan faktor penyumbang terhadap penyakit Arthritis ini.

Siapa yang berisiko terkena Arthritis?

Rheumatoid arthritis mempengaruhi lebih daripada 2 juta orang Amerika dengan lebih daripada 1 juta wanita berbanding dengan hanya lebih daripada setengah juta orang, Walaupun awal ini umumnya usia pertengahan, lebih umum ditemui pada orang tua. Rheumatoid arthritis juga telah ditemui pada kanak-kanak-kanak dan dewasa muda. Jadi, tak mustahil ye kanak2 pun boleh kena masalah arthritis ni.


Biasanya arthritis ini berlaku pada jari tangan yang dipanggil rheumatoid arthritis sebab kita selalu gunakan jari dan pergelangan tangan untuk buat kerja.
Masalah arthritis ni terjadi disebabkan penggunaan sendi yang berlebihan dan terdapat stress pada sendi dalam jangka waktu yang lama.


2- Osteoarthritis

Osteoarthritis lebih mudah dikenali sebagai sakit sendi. Ia merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.
ini yang selalu terjadi kepada mak2 kita. Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).

Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.

Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.

Tanda2 penyakit Osteoarthritis:

- sakit pada sendi yang terlibat
- kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi.
- sesetengahnya akan mengalami kebengkakan
- adanya pembesaran tulang sendi.

Golongan yang berisiko untuk mendapat Osteoarthritis:

- Golongan tua dan sudah berumur.
- Golongan obesiti
- Orang yang bersukan yang menyebabkan impak berulang dan memerlukan pergerakan pantas seperti bola sepak
- Mengangkat barang2 yang berat
- Lemah otot paha (quadriceps)
- Abnormal tibial rotation

Kalau perasan, orang tua, obesiti mesti kena masalah ni kn? kalau yang tua, macam biasa yang kita tahu, tulang mereka dah tak kuat dan pelincir dah berkurang, kalau yang obesiti pulak, badan yg terlampau berat boleh menyebabkan lutut tak mampu nak tampung beban tersebut.

Rawatan perubatan:

Rawatan yang biasa diberikan untuk mengurangkan kesakitan termasuklah non- streoidanti- inflammatory drug (NSAID). Pesakit juga boleh diberikan rawatan glucosamine sulphate bagi mengurangkan kesakitan dan dipercayai boleh memperbaiki sendi-sendi yang terlibat. Malah, bagi pesakit yang tidak dapat menahan kesakitan , mereka boleh diberikan corticosterioid yang bertujuan mengurang proses keradangan dalam sendi.

Selain ubat penahan sakit yang dimakan, ada juga ubat sapu yang diperbuat daripada gel atau krim yang boleh digunakan untuk kelegaan tambahan. Ubat-ubatan ini selalunya tidak lagi berkesan untuk peringkat osteoarthritis yang teruk. Ubat-ubat baru seperti glucosamine, chondroitin dan diacerin adalah termasuk dalam kategori ubat-ubat tambahan dan sokongan yang boleh diambil bersama dengan analgesia. Ketiga-tiganya bertindak dan mempunyai fungsi yang berlainan.

Disebabkan ada rawatan perubatan tidak berkesan pada osteoarthritis yang teruk, maka inilah masanya Vivix dapat bertindak.

Bahan yang dapat membantu penyakit sendi ini yang terdapat di dalam Vivix ialah Lobak Ungu..
Antara kebaikan yg pernah dikongsikan tentang kebaikan Vivix antaranya ialah :

Anti Radang:
Purple carrot mengandungi fitokimia iaitu bahan kimia yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang memberi pelbagai faedah positif termasuk ciri-ciri anti-bakteria dan anti-radang.
Mempunyai sifat anti radang yang tinggi. Disebabkan itulah ia bagus untuk melegakan arthritis atau sakit sendi. So, dengan adanya purple carrot sangat2 membantu dalam masalah keradangan sendi ni.





Ini sahaja perkongsian UM mengenai sakit sendi dan Vivix, jika berminat untuk hadiahkan Vivix kepada ibu bapa sahabat2 UM, boleh order dengan UM.


Suryana Mat Hassan
0132750687
Pengedar SHaklee Kuala Pilah dan Seluruh Malaysia



Love;
UM



=======================================================================


***** Produk2 ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit *****


No comments:

Post a Comment

Featured post

ADAKAH SUPLEMENT YANG ANDA AMBIL SEKARANG SELAMAT?

KRITERIA- KRITERIA MEMILIH SUPLEMEN YANG SELAMAT. Bismillahirrahmaanirrahim.. "Saya nak makan vitamin, suplemen, tapi takut ad...