Thursday, 30 June 2016

DULU NAK LIPAT KAKI PUN TAK BOLEH DISEBABKAN SAKIT LUTUT, KINI DAH OK!

ATASI SAKIT LUTUT DENGAN SHAKLEE






BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..


Masalah sakit lutut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Tidak kira tua atau muda mungkin akan mengalami sakit lutut. Ada tu sampai tak mampu nak berjalan, turun tangga, lipat kaki dan sebagainya.

Apakah punca sakit lutut ini ye?


ANTARA PUNCA-PUNCA SAKIT LUTUT:

  • Tendonitis : berlaku apabila terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal. Secara tidak langsung ia akan memberi efek iaitu kesakitan di bahagian tendon (tisu lembut yang menghubungkan otot ke tulang). Aktiviti yang berlebihan itu menyebabkan tendon mengalami radang dan bengkak.

  • Kedudukan Kepala Lutut Beralih: Ini berlaku apabila kepala lutut beralih sedikit dari kedudukan asal. Secara tidak langsung ini akan mengalami rasa sakit dan bengkak.

  • Osteoarthritis: Lazimnya berlaku dalam kalangan warga emas iaitu berumur 50 tahun ke atas.

  • Osgood /Schlatter Disease: Ia merupakan bonjolan yang terjadi di bawah lutu. Rasa sakit yang dialami mengikut masa. Ada masa ia akan ok dan ada masa ia akan merasa sakit. ia sering terjadi dalam kalangan remaja lelaki dan perempuan yang berumur 13-14. Lazimnya berlaku pada remaja yang aktif bersukan seperti sukan bola sepak, basketball dan sebagainya.

  • Iliotibial band syndrome: Iliotibial merupakan sejenis tisu yang kukuh terdapat dari pinggul anda ke betis. Sekiranya ia terlebih digunakan atau wujud masalah2 lain ia akan memberi kesan seperti bengkak lalu berasa sakit di bahagian di sebelah luar lutut.

  • Medial Plica Syndrome: Plica merupakan satu lipatan tisu pada sendi lutut. Apabila sering digunakan, ia boleh menyebabkan rasa sakit dan bengkak.

  • Bursitis: Bengkak yang terjadi pada selaput yang mengandungi lendir pelincir. Ini terjadi apabila sering terjatuh atau kerap digunakan.

  • Serpihan tulang (bone chips) : Ini berlaku disebabkan kemalangan. Lutut seseorang itu boleh berkecai lalu serpihan itu terperangkap di antara ruang sendi. Ini memberi kesan yang sakit dan bengkak.

Banyak juga puncanya kan, ingatkan sakit lutut ni semuanya sama..huhu.


RAWATAN SAKIT LUTUT DARI SEGI KAWALAN DAN KURANGKAN SAKIT:


  • Merehatkan lutut dengan mengelakkan aktiviti lasak. 
  • Gunakan ais dengan meletakkan di kawasan bengkak. letak dalam 20- 30 minit hingga bengkak hilang.
  • Tinggikan posisi lutut. Ketika baring letak bantal pada bawah kaki untuk tinggikan lutut agar bengkak berkurang.
  • Lakukan regangan ringan untuk mencergaskan otot.
  • Ambil inisiatif lain seperti mengambil ubat sampingan bagi melegakan sakit lutut ini. Lazimnya ubat sapu.

ALTERNATIF SUPPLEMEN:

SET SAKIT LUTUT SHAKLEE



OMEGA GUARD: Minyak ikan yang melambatkan degradasi tulang rawan, Ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi2. membantu mengurangkan gejala2 dalam penyakit sendi. Juga bertindak sebagai pelincir.

Ostematrix: Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu2 lembut dan sendi2. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang tetapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.

Collagen Powder Shaklee: Mengandungi glukosamine yang berfungsi sebagai pelincir sendi bagi mereka yang selalu sakit sendi.


TESTIMONI :



Testimoni 1 : " Ya ALLAH dah banyak kali mak sebut, jap ni baru lepas bercakap dengan mak, kakik dah boleh lipat, dulu buat apa pun kaki kena lunjur. lutut mak ni dah tak sakit sejak angah suruh tambahkan dos omega guard. "






Testimoni 2: 2 hari lepas mak call dari kampung, mak beritahu nak saya hantar lagi minyak ikan ni untuk ayah. Ayah ada gout, Alhamdulillah sejak konsistent ambil ni, kaki ayah rasa agak selesa juga untuk bergerak. Hujung minggu baru2 ini mak ayah siap mai lawat Singapore lagi ikut rombongan bas dari Kedah.





Testimoni 3: " nak share ..semalam tetiba sakit kat pelipat siku (sendi) sakit dan lenguh  sangat sampai xleh tido. Pastu ambil ostematrix 2 biji dan telan. Alhamdulillah pagi ni dah hilang sakit dan lenguh tu."





Testimoni 4: "Mak saya memang ada masalah sendi dekat lutut, bendalir di lutut mak pernah kering dulu masa tahun 2013. Sampai satu tahap ligamen dekat bahagian lutut tu koyak. Mak terpaksa ditahan ward dan kena masukkan cecir dekat lutut tu. Doktor kata biasanya cecair itu tahan paling lama 2 tahun. Paling cepat 6 bulan bergantung kepada keadaan. Dulu mak makan AJHT dengan Omega guard je. Kadang2 datang juga rasa sakit kat lutut tu. Mak tak boleh jalan jauh. Tapi sekarang dah dekat 3 bulan mak konsisten makan Vivix dan kolagen Shaklee. Lutut Mak semakin baik dan dah boleh turun sujud tanpa perlu tahan guna tanngan. Alhamdulillah.. mak nak turun naik tangga kat sekolah pun makin okay. Semoga lutut mak makin baik.InshaaALLAh..senang mak nak beribadat."


Vivix Shaklee juga membantu dalam masalah sendi dan lutut. Boleh baca lebih lanjut di sini berkaitan Vivix dan sakit sendi.:)


Jika orang tersayang anda mempunyai masalah sakit lutut dan sendi, boleh cuba ikhtiar dengan Set sakit lutut dari Shaklee ini. InshAALLAH melabur demi kesihatan orang tersayang apa salahnya kan :)



Suryana Mat Hassan
0132750687
Pengedar Shaklee Kuala Pilah & Seluruh Malaysia



Love;
UM



SILA KLIK DISCLAIMER INI!



=======================================

***** Produk2 ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit *****








Wednesday, 29 June 2016

TUMIT MEREKAH: MASALAH KULIT KAKI YANG SERING DIABAIKAN


TIPS ATASI TUMIT KAKI MEREKAH, KASAR DAN PECAH-PECAH






BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..

Sebagai seorang wanita, kita memang suka menjaga kesihatan kulit muka, badan dan tangan. Ada tu hari-hari sapu losyen untuk mengekalkan kelembutan kulit tangan dan badan. Tapi ada bahagian ni kita mungkin terlepas pandang, iaitu kaki. Kalau ada yang jaga keseluruhannya bagus sangat, tapi kadang2 bahagian kaki di bawah inilah yang sering kita lupa dan abaikan kan.

Kulit tapak kaki dan juga tumit sering kali terdedah kepada kekotoran dan kawasan2 kering sebab hari2 kita buat kerja di dapur, bilik air dan sebagainya. Lama kelamaan boleh menyebabkan tapak kaki dan tumit menjadi kasar, pecah dan merekah.


Antara Faktor-Faktor lain yang menyebabkan tumit kaki merekah:


  • Berdiri terlalu lama
  • Kerap memakai kasut tinggi
  • Kulit kaki terlalu kering
  • Kerap berjalan
  • Kurang vitamin dan zat
  • Berat badan berlebihan

Tips Tradisional Merawat Tumit Kaki Merekah:

  • Ambil buah betik muda, hiris kulitnya. Ambil getah dari kulit betik tersebut dan sapu pada tapak kaki yang merekah. Biarkan selama 20 minit dan bilas tapak kaki. Lakukan selama 2 kali seminggu.
  • Ambil ubat gigi. Sebelum tidur sapu pada tapak kaki. Esok pagi masa mandi basuh dengan berus. Nak lebih berkesan guna batu sungai. Tapi nak cari dekat mana kalau yang duduk kat bandar tu..hehee
  • basuh kaki dengan air suam dan keringkan. Sapu dengan air asam jawa yang dicampur dengan sedikit air. biarkan kering. esoknya basuh.

Nak cepat? Mudah? dan selamat?

Nah guna Krim Ajaib Herbal Blend Serbaguna ni Jeee..:D Sapu2 selepas mandi dan sebelum tidur :).



Kenapa Selamat?
Sebab dari bayi hinggaah orang dewasa boleh guna krim ni, bebas kimia dan paraben. Cer tengok losyen wangi2 yang anda pakai tu ada paraben tak?hee





Kenapa Serbaguna?

Tengok gambar di atas, macam2 kegunaannya..tak rugi ada 1 :)
- melembutkan kulit kasar dan tumit pecah
- menyelesaikan masalah kulit gatal
- menghilangkan parut termasuk campak dan chicken pox
- memberi kelegaan semasa demam
- sebagai losyen kegunaan harian
-menghilangkan ruam pada bayi


Testimoni Tumit Pecah dengan menggunakan Krim Herbal Blend:


testimoni 1: "serius tak sedar sejak bila kesan rekahan kat tumit ni hilang. Hari2 mandi cam biasa. Lepas mandi sapu jelah Herbal blend ni dah macam losyen harian, main sapu je kaki tangan. Alhamdulillah happy sangat tumit dah tak merekah"





Testimoni 2: tumit merekah hilang selepas 3 hari guna herbal blend




Haa, UM sendiri pun wajib ada Krim Herbal Blend ni di rumah dan bawa ketika travel ke mana2. Malam2 sebelum tidur bila rasa kulit kaki kasar tu rajin2 lah sapu losyen ni.hehe. Selain tu, lenguh2 pun boleh hilang. Suami UM pun biasa lenguh2, UM urut kaki beliau guna krim ni je. Lenguh2 hilang, tapak kaki pulak lembut dan cantik. Boleh kalah I tau..:P. ALHAMDULILLAH.

Apa kata yang ada masalah tumit kaki tu cubalah krim ini, serbaguna dan harga mampu milik, tak mahal pun. Kesian kaki tu, ia pun nak dibelai juga kann..:)


Berminat untuk order?


Suryana Mat Hassan
0132750687
Pengedar Shaklee Kuala Pilah & Seluruh Malaysia


Love;
UM






SILA KLIK DISCLAIMER INI!


=======================================

***** Produk2 ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit *****









Tuesday, 28 June 2016

JERAGAT HITAM DAN KUSAM DI MUKA BUAT ANDA GUNDAH? KINI TIDAK LAGI.

 HILANGKAN JERAGAT HITAM DAN KUSAM DENGAN MUDAH.




BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..

Masalah kulit berjeragat biasanya dialami bila umur mencecah 40 tahun ke atas.
Namun ia juga tak mustahil boleh menyerang golongan 20-an jika tak dijaga dari awal.
Kaum wanita biasanya lebih terdedah kepada masalah jeragat. Tetapi kaum lelaki juga tidak terkecuali.

Jom kenali jenis- jenis jeragat.


Jeragat terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
  • Seborrhoeic keratoses : disifatkan timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup.
  • Melasme- tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit.
  • Skin Tag- daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya tumbuh pada bahagian ketiak dan leher.

Jeragat bukanlah penyakit berjangkit, ia hanyalah penyakit kulit yang biasa. Tapi janganlah sampai mencabut atau mengutil pula jeragat ni, kesannya boleh membawa luka, berdarah dan bernanah di kawasan yang bermasalah tu nanti tau.


Faktor - faktor yang menyebabkan jeragat:

  • Terdedah kepada cahaya matahari yang terik secara langsung atau tidak.
  • Pengambilan ubat hormon terutamanya ubat perancang.
  • Penggunaan kosmetik yang tidak berkualiti dan bermutu.
  • Rawatan kulit yang tidak sesuai.
  • Keturunan.
  • Gaya hidup dan persekitaran.


CARA HILANGKAN JERAGAT DENGAN SUPPLEMEN:




Energizing Soy Protein (ESP):

  • Sumber protein yang sangat baik untuk mengurangkan kesan hitam (sel kulit mati).
  • Membantu menghasilkan sel2 kulit yang baru.

VITAMIN E COMPLEX:

  • Terkenal sebagai vitamin awet muda dengan melambatkan proses penuaan.
  • Membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit.
  • Membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene.
  • Sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.

VITAMIN C SUSTAINED RELEASE:


  • Sangat penting dalam pembentukan kolagen
  • Sangat baik untuk kulit dan menghalang kerosakan sel akibat radikal bebas.


TESTIMONI  JERAGAT:




tetsimoni 1: jeragat dan bintikn hitam di muka hilang.




testimoni 2: "After 1 month and 2 weeks menggunakan vitamin E, inilah hasilnya. Kulit rasa lebih flawless. Sekarang ni dah start guna Vit E dan vit C. Alhamdulillah hasil yang lebih positive. bekas jerawat dah makin hilang. Thank you my dearie sis nur najmah salleh for introducing me such an awesome product. dia yang perasan muka saya kusam dan tak berseri dan seuggest ambil vit e."



Selain itu, Vivix juga salah satu supplemen yang paling best untuk diamalkan untuk masalah jeragat.
Boleh klik di sini.



Sebarang pertanyaan dan tempahan SET JERAGAT SHAKLEE boleh terus hubungi UM ya :)



Suryana Mat Hassan
0132750687
Pengedar Shaklee Kuala Pilah & Seluruh Malaysia



Love;
UM



SILA KLIK DISCLAIMER INI!


=======================================

***** Produk2 ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit *****


  

Friday, 24 June 2016

DARI DAPUR NA: AYAM PERCIK MEK NA

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..




Siapa orang kelantan mesti kebanyakannya suka masakan percik2 ni kan. Hari ni UM nak share resepi "Ayam Percik Mek Na".

Aderr, mentang2 hari tu cerita "Mek Kelate" mencuit hati kebanyakan orang kelantan.terus2 letak nama samaran Mek juga.:p Tapi cerita tu memang best tau, UM yang jarang2 layan drama tv ikut terjebak nak2 jika cerita yang ada "some value" dan menghiburkan hati, layanlah juga.

Ok, habis Mek kelate. Jom Check resepi mudah ni. Yang mudah je la UM buat, chef amatur je diriku ini. Yang penting Waleed Mujaheed suka dan siap request order lagi lepas tu :p. Alhamdulillah.


RESPI AYAM PERCIK MEKNA


Bahan2:

- 2 keping bahagian paha ayam (nak lebih tambah lagi, UM pilih ayam yang dipotong macam tu sebab mudah sedikit nak masak)
- 2 cawan santan pekat (UM guna 2 kotak kecil santan kotak kara je, ada fresh santan lagi bagus)
- 1 1/2 sudu cili kering yang siap dikisar
- 1 keping asam gelugor
- sedikit kunyit
- 1/2 inci halia*
- 4 batang serai*
- 5 biji bawang merah*
- 2 ulas bawang putih*
Semua yang bertanda * dikisar atau diblend halus.

Cara- cara membuat:

1- Rebus separuh masak dahulu bahagian ayam dengan air mendidih, boleh juga tambah halia dan bawang putih dan sedikit garam untuk bagi rasa. Lepas rebus toskan. Maaf kalau gambar tak clear.huhu



2- Untuk membuat kuahnya, bahan yang dikisar di campur sekali dengan santan. Masak dengan api sederhana sambil dikacau. Haa, buat kuah percik ni perlukan kesabaran di tahap yang tinggi sebab kena kacau sampaila kuat pekat dan berkilat. Takper, kacau sambil2 berzikirlah ye..di bulan Ramadhan ni pahala kan berlipat ganda ^__^.


Santan dan bahan yang di blend di satukan



3- Tambah garam, gula, asam keping, sedikit kunyit dan cili kering yang diblend untuk menaikkan warna kuah percik kita. Kalau suka warna putih atau merah2 tak perlu letak serbuk kunyit tu ye.



Gigih kau sambil letak cili sambil pegang fon. adehh .:P.



4- Kacau2 dan terus kacau sampai jadi cantik kuahnya dan padamkan api.


siap untuk kuah.


5- Untuk ayam percik, ayam yang direbus separuh masak tadi dibakar dengan api sederhana sambil dibalik-balik. UM guna pemanggang ajaib je. Sambil balik2 mandikan kuah pada seluruh ayam tu.hehe.Balik2kan bagi ia menyerap bersama kuah dan sampai ayam masak sepenuhnya. 





6- Lepas siap, tuangkan kuahnya lagi atau hidangkan bersama :). Selamat Mencuba dan Selamat IFTHOR..Jangan Lupa Submitt DOA ya!


Set Hidangan kami, simple dimple, ALHAMDULILLAH :)



Indahnya RAMADHAN~



Suryana Mat Hassan
0132750687
Pengedar Shaklee Kuala Pilah & Seluruh Malaysia.


Love;
UM
Chef Amatur

Thursday, 23 June 2016

TIBI:PENYAKIT TERTUA YANG DITAKUTI


BATUK BERKAHAK DAN BERDARAH ANTARA GEJALA PENYAKIT TIBI



BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..

Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit yang boleh membawa maut jika tidak dirawat. Ia disebabkan oleh kuman mycobacterium bacillus yang ditemui oleh Dr. Robert Koch pada 24 March 1882 di Jerman, berwarna merah, halus dan hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop.

Penyakit yang dianggap tertua ini merupakan penyakit berjangkit utama malah mendahului denggi yang lebih ditakuti oleh masyarakat.


Apakah gejala-gejala tibi?


  • Batuk berkahak melebihi dua minggu atau lebih
  • Kahak berdarah
  • Demam berpeluh pada waktu petang atau malam
  • Mengalami sakit dada khususnya apabila batuk atau menghela nafas panjang.
  • Hilang selera makan
  • Berat badan menyusut
  • Mudah letih dan lemah badan.

Langkah pencegahan tibi:

  • Bayi2 yang baru lahir mestilah diberikan suntikan imunisasi BCG
  • Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun
  • Sekiranya batuk berterusan lebih daripada dua minggu, segeralah berjumpa doktor.

Golongan berisiko tinggi mendapat jangkitan:

  • Penduduk yang tinggal dikawasan pendalaman
  • pembawa HIV
  • mereka yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, buah pinggang
  • pesakit yang mengambil ubat steroid dalam jangka waktu yang lama
  • warga tua

Rawatan tibi:



  • Rawatan biasanya mengambil masa sekurang kurangnya 6 bulan walaupun pesakit berasa sihat dalam ttempoh berkenaan.
  • Pada 2 bulan pertama, rawatan harian akan diberikan, biasanya mengandungi sebanyak 4 jenis ubat makan yang disaksikan oleh pengamal perubatan atau orang lain yang dilantik sebagai penyelia.
  • Peringkat rawatan seterusnya dilakukan 2x seminggu selama 4 bulan, biasanya melibatkan 3 jenis ubat, juga diambil di bawah penyeliaan. Jika rawatan diikuti secara konsisten, pesakit noleh sembuh.

Rawatan Alternatif Dengan Supplemen:


Sirap Vivix Shaklee:


"Mal, haritu awak cerita bapa mertua awak kena tibi, awak bagi vivix kan.
Berapa lama ok?
Sebotol makan. beberapa bulan baru ok lah. Tapi memang sebotol je makan. 
Maksudnya 1 botol ke? Tunang adik kita disyaki tibi,
Leh makan Vivix untuk ikhtiar.
Dia tanya berapa lama makan baru baik.
Sebulan bak kata lakiku."


JOm rawat tibi dengan segera jika anda disyaki menghidap penyakit ini.



Suryana Mat Hassan
0132750687
Pengedar Shaklee Kuala Lumpur.


Love;
UM



SILA KLIK DISCLAIMER INI!



=======================================

***** Produk2 ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit *****









    Wednesday, 22 June 2016

    SUKAR BUANG AIR DAN NAJIS BERDARAH?JANGAN PANDANG REMEH!


    KANSER KOLON MERUPAKAN KANSER KETIGA YANG KERAP DIHIDAPI PENDUDUK MALAYSIA.





    BISMILAAHIRRAHMAANIRRAHIM..



    `

    Pernah baca tak kisah bekas pramugari yang menghidap Kanser Kolon atau usus tahap tiga ini? Ia boleh diambil sebagai peringatan bahawa Jangan ambil remeh jika anda mempunyai masalah kesihatan kerana seseorang yang menjaga makanan, bersenam juga belum tentu boleh bebas dari kanser. Dapatkan rawatan segera.



    Mengikut panduan American College of Gastroenterology, jika anda mempunyai saudara terdekat (ibu bapa atau adik beradik) menghidap  kanser kolon (usus) pada usia sekitar 60 tahun, anda perlu mula menjalani pemeriksaan usus atau kolonoskopi pada umur 40 tahun.


    SIAPA YANG BERISIKO MENGIDAP  KANSER USUS?

    Berdasarkan kajian, individu berisiko tinggi mengidap kanser ini bila mencapai usia 50 tahun. Oleh itu, digalakkan menjalani pemeriksaan awal pada usus iaitu kolonoskopi.

    Risiko mendapat kanser usus bagi lelaki dan wanita lebih kurang sama tetapi kanser yang menyerang bahagian rektum lebih banyak dihidapi wanita.


    BAGAIMANA KANSER KOLON TERJADI?





    Kanser kolon terbentuk apabila ada ketumbuhan kecil dinamakan polip. Polip berasal daripada sel yang menyelaputi usus dan rektum iaitu dinding usus. Biasanya ia mengambil masa hingga 10 tahun untuk menjadi polip sebelum menjadi benign (tidak bersifat barah) yang lama kelamaan membesar dan berkembang menjadi barah. Memang sukar mengenal pasti polip mana yang berpotensi berkembang menjadi kanser.- Pakar Toksikologi Makanan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM, Dr Ahmad Faizal Abdul Razis.


    SIMPTOM ATAU GEJALA-GEJALA MENGHIDAP KANSER USUS:

    • Keluar darah melalui dubur- bergantung pada di mana usus itu berada. Jika kanser terjadi di bahagian berdekatan dubur, darah yang keluar berwarna merah terang dan cair. Jika berlaku di sebelah kanan, darah biasanya bercampur najis dan ia berwarna lebih pekat. jangan ambil remeh ye bagi mereka yang selalu keluar darah ketika membuang, kadang2 ada yang anggap biasa atau hanya buasir.

    • Perubahan tabiat buang air besar. Kadangkala pesakit mengalami cirit birit dan diselang seli dengan keadaan normal juga sembelit. Kadangkala tidak puas buang air besar tetapi tiada apa yang keluar.

    • Sakit perut lebih kepada bahagian kiri abdomen

    • Berat badan berkurangan tanpa sebab, muka pucat, kurang darah (anemia), letih dan tidak bermaya.

    • Pada keadaan serius, pesakit mungkin tidak boleh membuang air besar.


    PENCEGAHAN DARI RISIKO KANSER USUS:

    • Banyakkan makan buah, sayur dan bijiran.
    • Hadkan makanan berlemak lebih2 lagi lemak tepu.
    • Hadkan pengambilan alkohol dan berhenti merokok.
    • Jalani kehidupan fizikal yang aktif dan kekalkan berat badan yang sihat.
    • Mempertimbangkan pengambilan statin untuk kolesterol yang tinggi.
    • Ambil Vitamin dan zat galian seperti kalsium, magnesium, pyridoxine (vitamin B-6 ) dan Vitamin B-9.

    Jika anda mempunyai masalah membuang air besar atau sembelit yang teruk, boleh cuba untuk ambil supplemen dari Shaklee seperti;




    Ostematrix bukan sekadar mempunyai kalsium, malah kandungan magnesium, vitamin D3 dan lain2 membantu masalah kesihatan yang optimun dan baik untuk masalah sembelit.





    SET DETOX USUS: Salah satu punca kolon tidak sihat dan mungkin boleh menyumbangkan kepada kanser kolon adalah disebabkan kolon yang tidak sihat, kekotoran tersumbat malah menyebabkan terjadinya toksin yang merbahaya dalam badan. Salah satu cara yang terbaik adalah detoks atau nyah toksin. Anda boleh cuba set agen pembersih ini :)



    Jika ada di kalangan anda atau keluarga yang mempunyai tanda2 masalah usus, boleh ikhtiar dengan Vivix, kerana vivix merupakan suplemen yang boleh membantu masalah kesihatan dari tahap sel.






    Salah satu testimoni dari pesakit kanser usus tahap 4 yang berikhtiar dengan Vivix, alhamdulillah kembali pulih.



    Betul lah apa yang dikatakan bahawa perut boleh menyebabkan punca segala penyakit. Jika mereka yang menjaga makanan dan bersenam pun ALLAH takdirkan untuk menghidap kanser usus, apatah lagi bagi mereka yang tidak menjaga makan dan bersenam.:(. Moga kita semua dapat sama2 menjaga nikmat kesihatan tubuh badan yang di anugerahkan olehNYA..INSHAALLAH. Sebarang pertanyaan boleh hubungi UM ye.



    Suryana Mat Hassan
    0132750687
    Pengedar Shaklee Kuala Lumpur.


    Love;
    UM



    SILA KLIK DISCLAIMER INI!



    =======================================

    ***** Produk2 ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit *****









    Tuesday, 21 June 2016

    RAWAT DEMAM DENGGI DENGAN MUDAH


    MERAWAT DEMAM DENGGI DENGAN SHAKLEE






    BISMILLAHIRAHMAANIRRAHIM..

    Demam denggi tidak mengenal musim dan masa, ia boleh berlaku bila-bila masa dan kepada sesiapa saja. Ia bukanlah demam biasa yang kita sangkakan boleh kebah selepas beberapa hari. Malah sekiranya tidak dirawat dengan cepat dan betul, boleh menyebabkan kematian.

    Pada tahun 2016 ini, kes denggi semakin meningkat dan dikatakan paling teruk berbanding tahun sebelum ini. Cuaca yang kadang2 panas, di selang dengan hujan meningkatkan lagi pembiakan nyamuk Aedes punca denggi.

    Kita sedia maklum bahawa tiada ubat yang mampu menyembuhkan demam ini kecuali dengan mengawal simptom atau tanda2 denggi.

    Di antara tanda2 demam denggi yang perlu diambil perhatian jika anda mula demam:

    • Demam kuat yang mengejut.
    • Demam yang berlarutan lebih dari 3 hari.
    • Sakit teruk pada tulang2, otot2, sendi2 dan biji mata.
    • Ruam merah di kulit.
    • Pendarahan di bawah kulit, pada hidung dan juga gusi.


    Bagaimanakah terjadinya demam denggi?

    Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina. Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.






    Antara petua - petua merawat demam denggi:

    • Banyakkan minum air masak.
    • Masak sup ketam dan hirup. Kajian ringkas mendapati ketam mengandungi seejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platlet darah yang hilang akibat virus denggi. 
    • Jus kurma. Tidak disangkalkan lagi khasiat kurma. Anda boleh blend kurma 10- 20 biji bersama segelas air suam. Minumlah segelas pada waktu pagi, petang setiap hari sehingga sembuh.
    • Memakan Tembikai merah juga dikatakan boleh merawat denggi.

    Alternatif lain: Supplemen Shaklee yang boleh merawat denggi:





    NUTRIFERON: 

    Pengambilan Nutriferon juga adalah penting kerana nutriferon adalah " immune booster" yang meningkatkan tahap imunisasi salam tubuh bagi melawan penyakit. Nutriferon telah dipatenkan eksklusif  satu2 nya di dunia membantu mempertingkatkan interferon dalam tubuh dan melawan virus. Sangat digalakkan ambil bagi mereka yang selalu diserang demam dan antibodi lemah.
    Ia sudah terbukti melalui penyelidikan berpuluh2 tahun oleh pakar imun iaitu Dr Yasuhiko Kojima.


    PERFORMANCE DRINKS:

    Membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi. Suhu tubuh yang tinggi disebabkan oleh demam ini menyebabkan berlakunya dehidrasi (kehilangan cecair yang banyak dari dalam tubuh). Ia juga membantu tubuh untuk berhidrasi dengan baik. Terbukti dengan ujian klinikal dan yang paling penting ianya adalah satu2nya minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula.


    VITAMIN C SUSTAINED RELEASE:

    Juga sangat digalakkan ambil ketika demam untuk menguatkan sitem imun dan melegakan demam.



    TESTIMONI SET DENGGI SHAKLEE:





    Ambil 2 sachet nutriferon dan bacaan platlet darah naik dari 97 kepada 177.






    Performance drink boleh menstabilkan bacaan tinggi akibat demam denggi.




    Jika anda dan keluarga diserang demam denggi boleh cuba set demam denggi Shaklee ini, inshaaALLAH ikhtiar sebaiknya :)





    Suryana Mat Hassan
    013 275 0687
    Pengedar Shaklee Kuala Pilah & Seluruh Malaysia




    Love;
    UM



    SILA KLIK DISCLAIMER INI!



    =======================================

    ***** Produk2 ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit *****








    Saturday, 18 June 2016

    RESEPI SAGU GULA MELAKA


    DARI DAPUR NA: RESEPI SAGU GULA MELAKA








    BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..

    Salam 13 Ramadhan..terfikir2 nak buat pencuci mulut apa berbuka nanti? Biasa makan tak sagu gula melaka ni? Orang kelantan panggil Sanggupal. Sedap sangat..salah satu feberet UM dan suami. dulu masa UM kecil2 suka makan..terkenang2 sampai tua ni.:p. Puasa ni sekali sekala boleh la buat ketika berbuka kan ;) Beli kat pasar malam rm2.50 satu bekas kecil you allsss..tak puas hati, tak genap ore kelate royat :D Jadiiiii kita buatlaa haa..mudah je..lets check it out!


    Bahan-bahan:


    • 1 packet kecil sagu
    • 2-3 sudu sirap rose kalau nak merah, kalau nak colour lain letak sirap lain. Terang atau tidak bergantung pada kuantiti sirap yang dikehendaki, tapi UM buat sedang2 je tak nak terang sangat warnanya :)
    • 1 ketul / 1 kerek gula melaka
    • 4-5 sudu gula
    • Sehelai daun pandan
    • 1 tin susu cair
    • Air secukupnya

    Cara-cara:

    1. Untuk sagu, didihkan air dalam periuk,(sepeket sagu dalam anggaran 5 cawan air) kemudian masukkan sirap dan sagu. Kena kacau sentiasa supaya tidak melekat dan warna sirap sebati dengan sagu. Siap sejukkan dahulu.





    2. Petua orang dulu2, lepas sagu masak chewy2 gitu, alirkan sagu bawah air paip untuk buangkan lebihan kanji pada sagu dan mencantikkan lagi sagu kita. :)




    3. Untuk gula melaka, panaskan air dalam 1 1/2 cawan, masukkan gula melaka bersama daun pandan dan gula untuk tambah kemanisan. Biarkan mendidih dan adjust manisnya. Pesanan penaja: kurangkan manis kalau boleh :P




    4. Lepas masak dan dah sejuk semua, hidangkan sama ada dalam bekas, cawan puding atau sebagainya dengan susunan; letak air gula melaka,sagu dan last sekali susu cair.
    Masukkan dalam peti ais dan biar sejuk. 



    Nah, ambil satu jag sorang, sebelum ni tak puas hati beli bekas kecik kan..huhu. Makan sejuk2..Sooo heaven!





    Tarraaa..ini bukan untuk dijual..hehe..saje buat stok lebih, boleh bagi jiran2 juga ;)




    INDAHNYA RAMADHAN..



    Selamat mencuba! ;)




    Love;
    UM
    Chef amatur

    Thursday, 16 June 2016

    BAGAIMANA KUDIS BUTA (SCABIES) BOLEH BERJANGKIT DAN RAWATANNYA


    TIPS BAGAIMANA ATASI KUDIS BUTA DARI BERJANGKIT DAN RAWATANNYA





    BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..


    Kudis buta atau scabies adalah penyakit kulit yang kerap terjadi di kalangan masyarakat kita. Ia bukanlah sejenis alahan ataupun penyakit keturunan. Ia biasanya terjadi pada mereka yang tinggal di asrama, juga kanak-kanak atau bayi yang tinggal di taska juga berisiko.


    Punca Kudis Buta Terjadi:

    Kudis buta ini disebabkan jangkitan sejenis kutu yang bernama Sarcoptes Scabiei. Manusia adalah perumah kepada kutu ini. Kadangkala kutu ini boleh juga dijumpai pada kucing dan anjing. Kutu ini hanya dapat hidup selama 14 hari jika ia berada di luar perumah (manusia). Kutu ini juga tidak dapat bertahan pada suhu lebih 60 darjah celcius. Kutu ini hanya berukuran 0.4mm panjang. Memang kecil la sangat kan, hanya boleh dilihat melalui gelas, kaca lutsinar atau mikroskop.


    Kutu hama atau scabiei



    Bagaimana kudis buta boleh merebak?

    Kutu ini boleh merebak melalui;
    • berkongsi pakaian, tuala, selimut
    • berkongsi tempat tidur
    • sentuhan kulit


    Bagaimana kutu kudis buta tinggal dalam badan manusia?

    Kutu ini mengorek liang kecil dan tinggal di bawah lapisan kulit manusia. Kutu ini akan bertelur dan membuang najis. Najis inilah yang menyebabkan pesakit merasa gatal kerana tindakbalas alahan (alergic)


    Kutu hama tengah gigih bekerja untuk hidup.hehe.lihat telur2 nya itu



    Tanda2 kudis buta terjadi:

    • pesakit akan mula mengalami simptom selepas 10-14 hari mendapat jangkitan kutu.
    • gatal terutama pada waktu malam.
    • selalunya simptom ini akan melibatkan seluruh ahli keluarga yang tinggal serumah dengan pesakit.
    Bahagian badan yang kerap dijangkiti Kudis Buta:
    • celah jari tangan dan kaki
    • pergelangan tangan
    • ketiak
    • pinggang
    • pusat
    • kemaluan
    • punggung
    • kepala (bayi kecil)

    Rawatan Kudis Buta:

    • Bagi  kanak2 usia 2 bulan - 6tahun- Prementrin 5% lotion. gunakan sekali sahaja dan ulang selepas 2 minggu. Sapu pada seluruh badan kecuali muka pada waktu malam selama 8-12 jam. Cuci cadar keesokan pagi.

    • Usia 6 tahun ke atas- Benzyl Benzoate lotion 12.5% (6-9 tahun) dan Benzyl Benzoate lotion 25% ( 9 tahun ke atas). Sapukan pada seluruh badan (kecuali muka) pada waktu malam selama 8-12 jam. cuci cadar keesokkannya. Gunakan 3 malam berturut2. Prementrin 5% lotion. Gunakan sekali sahaja dan ulang selepas 2 minggu. Sapu seluruh badan kecuali muka. pada waktu malam. Cuci cadar keesokkannya.

    Apakah cara bagi mengelakkan Kudis Buta merebak atau berjangkit?

    • Panaskan pakaian, cadar, selimut dan tuala pada suhu > 60 darjah celcius atau didihkan.
    • Gosok atau iron pakaian, cadar, selimut dan tuala pesakit selepas cuci.
    • Semua rawatan untuk kudis buta ini perlu diberikan serentak kepada semua yang ahli keluarga tinggal serumah dengan pesakit bagi memutuskan kitaran hidup kudis buta ini walaupun ahli keluarga lain tiada simptom jangkitan.
    • Pesakit yang menghadapi kudis buta haruslah dikecualikan dari sekolah, tempat awam atau taska untuk mengelakkan dari terkena jangkitan kepada orang lain sehingga selesai rawatan.
    • Elakkan sentuhan dari kulit ke kulit

    • Alternatif lain;
               Boleh cuba pencuci Basic H dan Set Get Clean Home Care dari Shaklee untuk membasmi kutu dengan mencuci cadar atau selimut pesakit yang terkena kudis buta.


    SEt Get Clean Home Care ini menjadi pilihan bagi mereka yang ingin mencuci pakaian, pinggan mangkuk, juga seisi rumah kerana ia merupakan bahan pencuci yang nyata bebas kimia, bahan toksin dan selamat.

    Kebanyakan pencuci atau sabun di luar sana mempunyai bahan kimia dan ini akan menyebabkan kegatalan dan kerengsaan bagi pesakit kudis buta bertambah teruk. Jadi, anda boleh bertukar kepada set home care yang lebih selamat ini juga sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit yang senstif dan alergik :).



    Jika anda inginkan krim sapuan yang selamat dan bebas paraben, anda juga boleh cuba Krim Herbal Blend ini untuk masalah kegatalan :)


    Jika berminat untuk dapatkan, boleh order dengan UM ye :)



    Suryana Mat Hassan 
    0132750687
    Pengedar Shaklee Kuala Pilah & Seluruh Malaysia



    Love;
    UM


    Source; Dr Hanafi Yahya


    SILA KLIK DISCLAIMER INI!


    =======================================

    ***** Produk2 ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit *****









    Featured post

    ADAKAH SUPLEMENT YANG ANDA AMBIL SEKARANG SELAMAT?

    KRITERIA- KRITERIA MEMILIH SUPLEMEN YANG SELAMAT. Bismillahirrahmaanirrahim.. "Saya nak makan vitamin, suplemen, tapi takut ad...