Thursday, 16 June 2016

BAGAIMANA KUDIS BUTA (SCABIES) BOLEH BERJANGKIT DAN RAWATANNYA


TIPS BAGAIMANA ATASI KUDIS BUTA DARI BERJANGKIT DAN RAWATANNYA





BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..


Kudis buta atau scabies adalah penyakit kulit yang kerap terjadi di kalangan masyarakat kita. Ia bukanlah sejenis alahan ataupun penyakit keturunan. Ia biasanya terjadi pada mereka yang tinggal di asrama, juga kanak-kanak atau bayi yang tinggal di taska juga berisiko.


Punca Kudis Buta Terjadi:

Kudis buta ini disebabkan jangkitan sejenis kutu yang bernama Sarcoptes Scabiei. Manusia adalah perumah kepada kutu ini. Kadangkala kutu ini boleh juga dijumpai pada kucing dan anjing. Kutu ini hanya dapat hidup selama 14 hari jika ia berada di luar perumah (manusia). Kutu ini juga tidak dapat bertahan pada suhu lebih 60 darjah celcius. Kutu ini hanya berukuran 0.4mm panjang. Memang kecil la sangat kan, hanya boleh dilihat melalui gelas, kaca lutsinar atau mikroskop.


Kutu hama atau scabiei



Bagaimana kudis buta boleh merebak?

Kutu ini boleh merebak melalui;
  • berkongsi pakaian, tuala, selimut
  • berkongsi tempat tidur
  • sentuhan kulit


Bagaimana kutu kudis buta tinggal dalam badan manusia?

Kutu ini mengorek liang kecil dan tinggal di bawah lapisan kulit manusia. Kutu ini akan bertelur dan membuang najis. Najis inilah yang menyebabkan pesakit merasa gatal kerana tindakbalas alahan (alergic)


Kutu hama tengah gigih bekerja untuk hidup.hehe.lihat telur2 nya itu



Tanda2 kudis buta terjadi:

  • pesakit akan mula mengalami simptom selepas 10-14 hari mendapat jangkitan kutu.
  • gatal terutama pada waktu malam.
  • selalunya simptom ini akan melibatkan seluruh ahli keluarga yang tinggal serumah dengan pesakit.
Bahagian badan yang kerap dijangkiti Kudis Buta:
  • celah jari tangan dan kaki
  • pergelangan tangan
  • ketiak
  • pinggang
  • pusat
  • kemaluan
  • punggung
  • kepala (bayi kecil)

Rawatan Kudis Buta:

  • Bagi  kanak2 usia 2 bulan - 6tahun- Prementrin 5% lotion. gunakan sekali sahaja dan ulang selepas 2 minggu. Sapu pada seluruh badan kecuali muka pada waktu malam selama 8-12 jam. Cuci cadar keesokan pagi.

  • Usia 6 tahun ke atas- Benzyl Benzoate lotion 12.5% (6-9 tahun) dan Benzyl Benzoate lotion 25% ( 9 tahun ke atas). Sapukan pada seluruh badan (kecuali muka) pada waktu malam selama 8-12 jam. cuci cadar keesokkannya. Gunakan 3 malam berturut2. Prementrin 5% lotion. Gunakan sekali sahaja dan ulang selepas 2 minggu. Sapu seluruh badan kecuali muka. pada waktu malam. Cuci cadar keesokkannya.

Apakah cara bagi mengelakkan Kudis Buta merebak atau berjangkit?

  • Panaskan pakaian, cadar, selimut dan tuala pada suhu > 60 darjah celcius atau didihkan.
  • Gosok atau iron pakaian, cadar, selimut dan tuala pesakit selepas cuci.
  • Semua rawatan untuk kudis buta ini perlu diberikan serentak kepada semua yang ahli keluarga tinggal serumah dengan pesakit bagi memutuskan kitaran hidup kudis buta ini walaupun ahli keluarga lain tiada simptom jangkitan.
  • Pesakit yang menghadapi kudis buta haruslah dikecualikan dari sekolah, tempat awam atau taska untuk mengelakkan dari terkena jangkitan kepada orang lain sehingga selesai rawatan.
  • Elakkan sentuhan dari kulit ke kulit

  • Alternatif lain;
           Boleh cuba pencuci Basic H dan Set Get Clean Home Care dari Shaklee untuk membasmi kutu dengan mencuci cadar atau selimut pesakit yang terkena kudis buta.


SEt Get Clean Home Care ini menjadi pilihan bagi mereka yang ingin mencuci pakaian, pinggan mangkuk, juga seisi rumah kerana ia merupakan bahan pencuci yang nyata bebas kimia, bahan toksin dan selamat.

Kebanyakan pencuci atau sabun di luar sana mempunyai bahan kimia dan ini akan menyebabkan kegatalan dan kerengsaan bagi pesakit kudis buta bertambah teruk. Jadi, anda boleh bertukar kepada set home care yang lebih selamat ini juga sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit yang senstif dan alergik :).



Jika anda inginkan krim sapuan yang selamat dan bebas paraben, anda juga boleh cuba Krim Herbal Blend ini untuk masalah kegatalan :)


Jika berminat untuk dapatkan, boleh order dengan UM ye :)



Suryana Mat Hassan 
0132750687
Pengedar Shaklee Kuala Pilah & Seluruh Malaysia



Love;
UM


Source; Dr Hanafi Yahya


SILA KLIK DISCLAIMER INI!


=======================================

***** Produk2 ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit *****









No comments:

Post a Comment

Featured post

ADAKAH SUPLEMENT YANG ANDA AMBIL SEKARANG SELAMAT?

KRITERIA- KRITERIA MEMILIH SUPLEMEN YANG SELAMAT. Bismillahirrahmaanirrahim.. "Saya nak makan vitamin, suplemen, tapi takut ad...