"Buat apa belajar tinggi-tinggi akhirnya duduk rumah jaga anak?"
"Rugila belajar lama-lama tapi tak bekerja".
.
.
Kalau anda seorang suri rumah yang memegang ijazah seperti saya atau nak lebih sedap didengar ("educated housewife".hehe) mesti panas je telinga kan bila ramai duk cakap dan tanya soalan yang banyak kali di tanya oleh sesetengah orang yang tak faham apa yang kita lalui.
Ye..jauh di sudut hati memang terasa la juga kan..tapi semua ni pilihan.Ini adalah pilihan saya.Tiada siapa yang memaksa,menyuruh melainkan atas pilihan hati sendiri. Antara sebab saya memilih untuk jadi suri rumah (skemala pulak.pemegang ijazah kan:p):
Actually lepas je graduation memang pasang hajat untuk bekerja,namun Allah lebih Maha Menentukan dan DIALah sebaik2 perancang bila di beri anugerah untuk hamil selepas grad waktu itu.Masa tahu hamil memang bersyukur sangat.Sebab rezeki anak datang dulu sebelum bekerja..bila hamil pulak ditakdirkan alahan teruk dan berpanjangan..Bila memikirkan semua ini mungkin ada hikmahnya untuk saya tidak bekerja buat masa itu.Namun bila lahir little mujaheed ni sifat keibuan semakin tinggi(chewahh) dan ketika itu perasaan untuk tidak bekerja dan jaga anak sendiri lebih menebal.
Nak-nak faham-fahamla dengan keadaan isu masyarakat sekarang yang tak habis-habis membuatkan diriku tidak yakin untuk menyuruh orang lain menjaga si kecik ni.Anak sendiri jatuh depan mata pun saya yang menangis bagai nak rak tau. Jika bagi setengah orang lain fikir sayangla ilmu yang belajar di universiti dulu kalau tak di gunakan.Ok,semua maklum,ilmu tu luas..kadang2 tak semestinya kita amik course law kita kena jadi peguam,amik course medic kena jadi doktor.Kalau rasa kita perlukan ilmu,kita tingkatkan lagi ilmu untuk meraih peluang lain.contohnya?buat side income dengan berniaga online atau offline atau sebagainya.Semua tu perlukan ilmu juga.Pendek kata nak jadi surirumah ni bukan surirumah biasa-biasa tau..tapi luar biasa..luar biasa yang macam mana tu??
Haa..yang itu kena tunggu next entry la..hehe..banyakk lagi nak cerita..inshaaAllah..
Moga bermanfaat buat surirumah seperti saya..😊
Pilihan ini pasti pilihan yg terbaik utk kita dan anak2.insyaallah..
ReplyDeleteJemput singgah ke blog sy.. ^__^
http://bit.ly/1GNjjyq