Wednesday, 1 July 2015

Tips menyusu pertama kali di bulan Ramadhan

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..




  Bertemu kembali kita dengan tetamu yang mulia..Ramadhan KAREEM 😊


Bila Ramadhan tiba, sudah pasti setiap ibu yang menyusukan anak melahirkan kebimbangan di hati. Bukan tidak mampu untuk menunaikan ibadah Rukun Islam ni tetapi risau bagaimana untuk menyusukan bayi dan sekaligus puasa dan bertenaga.


 Yang dikhuatirkan ialah jika pengeluaran susu ibu semakin berkurang dan ibu tidak mampu menyusu dengan baik ketika berpuasa. Apatah lagi bagi ibu2 yang pertama kali menyusui anak pada bulan Ramadhan.


  Dalam Islam, setiap ibu yang menyusukan ataupun hamil dibolehkan berbuka puasa sebagai satu bentuk keringanan. Namun kalau boleh kita semua mahukan yang terbaik dan dapat mengamalkan ibadah puasa dengan penuh kan?


Di bawah ni UM kongsikan sedikit tips dan panduan berpuasa bagi ibu yang menyusukan bayi;


1- Pastikan banyakkan minum air kosong. 2-3 liter sehari adalah sangat penting buat ibu yang menyusukan bayi. Cara saya sendiri- sediakan satu botol air kosong yang kita boleh sukat berapa banyak kuantiti air kita minum dan letak berhampiran kita. Minum air kosong bermula dari waktu berbuka hinggalah ke waktu imsak keesokkan pagi nya.


2- Jangan skip sahur. Wajib makan sahur kerana makanan yang kita makan ketika bersahur membekalkan tenaga sepanjang hari kepada kita. Lagipun, bersahur kan sunat. :)


3- Makan banyak buah-buahan, sayuran, sup dan makanan berkuah. Tetapi, elakkan dari makan terlalu kerap makanan yang bergula dan bergaram. Kerana,  ia akan menyerap lebih banyak air yang ada pada tubuh kita.


4-  Berbuka puasa dengan makanan yang kaya dengan protien, glukos dan cecair.


5- Makan banyak kurma. Samaada ketika bersahur dan berbuka. Paling banyak 3biji kurma.


6- Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat. Maksudnya, kalau boleh..pastikan ambil nasi juga setiap hari. Jangan tak makan nasi pula ye.


 7 - Kerapkan menyusu bayi. Jika anda ibu bekerjaya, perlu pam susu sekerap yang boleh ataupun ikut jadual mengepam biasa di tempat kerja.


8- Sebelum menjelang bulan puasa, adalah sangat-sangat digalakkan untuk mengumpul stock susu sebagai persediaan awal sebelum menjelang Ramadhan. Selain itu, ibu menyusu boleh ambil Set Mighty 3 Gems Shaklee yang mampu memberikan tenaga berpanjangan sepanjang hari.


9- Kenal pasti milk booster anda sebelum mula bulan puasa dan sepanjang berpuasa boleh kerap ambil milk booster. Milk booster adalah berbeza mengikut individu.


10- Banyakkan berzikir Ya Wahab dan elakkan tekanan. Sentiasa berfikiran positif serta ceria.


11- Bawa bekalan air masak ketika pergi terawih dan minum air setiap kali selesai 2rakaat solat terawih.


12- Jika perlu, ambil suplemen untuk memastikan badan sentiasa bertenaga, mood sentiasa ceria dan production susu sama malah lebih lagi dari sebelum berpuasa.


13- Dan yang paling utama, sebelum mula berpuasa..kita perlu pasang niat dan memohon dari Allah agar di permudahkan urusan serta niat baik kita menyusukan bayi kita.


Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”



InshaaAllah sama-sama kita amalkan..moga ibu-ibu menyusu semua lebih sihat dan cergas dan dapat beribadah dengan baik..^_^

Jika perlukan set Mighty Germs dan suplemen khas untuk ibu menyusu boleh hubungi UM ye.

Suryana Mat Hassan
0132750687
Pengedar Shaklee Kuala Pilah & Seluruh Malaysia




Love;
UM




1 comment:

  1. Inshaallah..ibu2 perlu bersemangat dan positif sentiasa.. letih memang letih..tapi pahala Mashaallah.. jadi ibu ni osem :)
    jom tinggal jejak di sini..
    http://bit.ly/1NvUCMo

    ReplyDelete

Featured post

ADAKAH SUPLEMENT YANG ANDA AMBIL SEKARANG SELAMAT?

KRITERIA- KRITERIA MEMILIH SUPLEMEN YANG SELAMAT. Bismillahirrahmaanirrahim.. "Saya nak makan vitamin, suplemen, tapi takut ad...