Tuesday, 29 December 2015

TIPS JIMAT BERBELANJA BARANG DAPUR

BISMILLAHIRRHMAANIRRAHIM..

Assalamualaikum sahabat2 maya UM..apa khabar hari ini? tak beberapa hari lagi kita akan melangkah masuk ke tahun 2016.. Dunia semakin lama semakin tua kan..putaran masa tanpa kita sedari begitu cepat.

2016..Apa yang bakal kita lalui? Adakah lebih baik, mencabar, atau sama seperti tahun sebelum ini. Ramai yang dah maklum tahun 2016 bakal kita hadapi dengan kenaikan harga barang2, minyak, tol dsb; tahun sebelum ni pun dah banyak dah barang naik dan tak payah cakapla yang barang akan turun kan.. Bagi rakyat yang biasa2 macam UM ni, nak mengeluh pun macam tu la, apapun kita terpaksa melakukan sesuatu untuk perbelanjaan kewangan keluarga kita.

Entry kali ini UM ingin berkongsi sedikit tips khasnya untuk kaum isteri, kaum ibu dan kaum wanita yang biasanya kerap berbelanja barang dapur. Siapa lagi kan kalau tak kita..hehe. Moga sedikit tips ni dapat membantu. Antara tips yang disarankan;

1-  Semestinya buat senarai bahan makanan yang hendak dibeli dan pastikan mengikut apa yang perlu sahaja supaya tidak membazir.

2-  Membeli sesuatu jenis makanan yang bermusim seperti buah-buahan contohnya, dalam musim buah tersebut, supaya dapat harga yang lebih murah.

3- Beli barang makanan yang tidak berjenama tetapi mempunyai kualiti yang serupa dengan yang berjenama terkenal, seperti bahan makanan keluaran sesuatu pasaraya.

4-  Cuba elakkan beli makanan yang siap dibungkus (pack) di pasaraya kerana biasanya berharga lebih mahal, kecuali ada kupon potongan harga.

5-  Beli secara pukal terutamanya bagi barang yang tahan lama kerana harganya lebih murah berbanding dengan beli sedikit-sedikit tetapi kerap. Namun begitu, jumlah yang dibeli perlulah mengikut keperluan dalam tempoh tertentu. Jika beli terlampau banyak tetapi tidak habis digunakan, sudah tentu akan membazir.

6-  Buat perbandingan harga pasaraya mana yang paling murah. Contohnya UM dengan suami sendiri, kami suka buat comparison harga, promosi tu tak adalah kami ikut sangat, tapi kami bandingkan harga pasaraya mana yang paling murah. Setakat ini pilihan kami adalah Mydin sebab bagi kami murah berbanding pasaraya yang lain, kadang2 pasaraya A atau B buat promosi barang, tetapi harga mereka lebih kurang sama je dengan harga di Mydin yang tidak ada promosi ketika itu.
Tetapi terpulang juga kepada anda, sebab sesetengah Mydin ada juga barang yang lebih kurang mahalnya. Kalau barang2 kering yang boleh dibeli selain kedai runcit, SpeedMart juga pilihan kami kerana harga memang berbaloi di sana.

7-  Kalau bab barang basah pula, macam ikan2 dan sayur cukupla beli untuk 3-4 hari sahaja, selepas itu, lebih baik beli yang lain pulak sebab fresh2 lagi baik kan. Kalau nak kesegaran yang lama, ikan contonya, tak perlu siang awal2, simpan dalam fridge dulu, bila nak masak barulah siang. Memang ikan akan tahan lama dan lebih segar..:) Sayur2 pulak kalau jenis berdaun, elokla beli untuk dimasak dalam masa terdekat kerana biasanya yang berdaun ni mudah layu. Untuk tahan lebih lama, boleh siap2 potong dan letak dalam tupperware. Planning menu dan nak masak apa tu sangatla penting, kalau tak, ada ja sayur2 yang busuk dan terpaksa buang.huhu..

8-  Selain itu, bagi mereka yang ada ruang atau tanah di rumah, elokla menanam sayur-sayuran untuk keperluan sendiri seperti bawang, cili, serai dan sebagainya. Sayur- sayuran boleh ditanam di atas tanah, pasu atau secara hidroponik. Sekurang kurangnya ia dapat membantu mengurangkan belanja membeli sayur- sayuran di pasar..:-)

Apapun perancangan dan kawalan nafsu kita sendiri adalah penting, normal bagi manusia kadang2 kita terlebih membeli mengikut kehendak, yang mana boleh kawal mengikut kemampuan, kawallah sebaiknya. Moga dapat memberi idea kepada kaum hawa di luar sana, kaum adam pun sama jugak.


Jom kita sama2 berjimat dalam perbelanjaan, inshaaALLAH..^_^





Love.
UM









Monday, 28 December 2015

PETUA SEMBUHKAN LUKA BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN

PETUA -PETUA SEMBUHKAN LUKA BERSALIN PEMBEDAHAN ATAU CZER


Bismillahirrahmaanirrahim..

ALHAMDULILLAH diberi nikmat hidup dan kesihatan hingga hari ini..sesungguhnya nikmat Tuhan tidak terhitung;')

      Entry kali ini UM ingin berkongsi tentang bagaimana cara untuk sembuhkan luka bersalin secara pembedahan atau czer. ALHAMDULILLAH walaupun UM tidak di beri peluang untuk bersalin normal masa bersalinkan Mujaheed, tapi ALLAH dah tetapkan UM bersalin secara pembedahan. Pada mulanya memang UM tak prepare langsung bersalin pembedahan ni..baca sedikit2 kat internet adalah tapi dalam hati hanya niat untuk bersalin normal..namun DIA lebih mengetahui apa yang baik untuk kita kan. Redha dan pasti ada hikmah di sebaliknya.;-). Perkongsian ini juga UM kongsi sebab ada sahabat2 UM yang melalui pengalaman bersalin czer ramai juga yang bertanyakan tips ketika berpantang.

Justeru, UM terpanggil untuk berkongsi sedikit tips untuk bakal2 ibu supaya tidak "kekeringan" ilmu bila terpaksa melalui situasi bersalin secara pembedahan. Ibu2 semua jangan risau dan jangan terlalu beremosi, positif sangat penting tambahan lagi bila berada dalam pantang. Inshaa ALLAH semua akan kembali pulih.

Antara petua2 untuk sembuhkan luka;

           Suami atau ahli keluarga boleh carikan ikan haruan yang hidup untuk dimasak dan dimakan oleh isteri. Ikan haruan segar elok untuk penyembuhan luka2 dalaman. Sebaiknya dibuat sup supaya dapat menyegarkan dan memulihkan tenaga badan. Ada sesetengah ibu2 mengambil pati ikan haruan dan jus gamat untuk menyembuhkan luka, ia adalah salah satu alternatif juga untuk diambil tetapi jangan berlebihan. 

           Berdasarkan pengalaman UM, doktor nasihatkan supaya tidak meletakkan apa2 minyak atau ubat di sekitar tempat pembedahan, namun ada sesetengah mereka yang menyapu atau meletakkan minyak atau losyen di kawasan luka. Nasihat UM, sila minta nasihat doktor ye.:)

            Bila ingin batuk atau bersin pula, peganglah bantal di tempat yang dibedah untuk menahan tekanan semasa batuk ataupun bersin. MashaaALLAH memang azab juga kalau bersin tu..;'(..hehe..takpelah..itulah pengorbanan kan..haa nak ketawa pun kena control2 tau.memang kena tahan dengan bantal:D

           Jangan jalan terlalu tunduk (bongkok) kelak luka akan lambat sembuh kerana perut itu berlipat pada tempat yang dijahit. Pengalaman UM sendiri, lepas seminggu bersalin, UM kena jumpa doktor untuk buat checkup parut tu, masa doktor UM tu tengok UM jalan macam bongkok2 lagi, dia terus cakap jalan tegak, kalau tak lambat sembuh..yela, masa tu badan memang tak kuat akan ngeri rasa kat tempat bedah tu..tu macam takut2..padahal lepas jalan tegak molek tu takder apa2 pun:D

          Tidur atas katil dan bukan di lantai kerana bila nak bangun agak susah kalau tidur di atas lantai. Ketika bangun, iringkan badan dan turunkan kaki dahulu perlahan-lahan. Namun setengah orang ada je tidur kat lantai, atas keselesaan masing2, tapi kita memang tak sama dengan wanita yang bersalin normal, jadi kalau orang nak cakap manja pun manjala, badan you bukan badan orang lain tau..:p

          Selain itu, dukung bayi pun kalau boleh jangan dukung terlalu lama kecuali ketika bayi memerlukan kita atau ketika menyusu, sebab tekanan di perut tu boleh menyebabkan luka semakin teruk, boleh minta pertolongan suami, keluarga yang ada jika bayi perlu didukung seperti mandi, sedih juga bila tak boleh pegang baby kita kan, tapi tak ada lah sampai berbulan2:)

         Elakkan dari terlalu banyak berjalan tetapi kena berjalan juga, tak boleh baring terlalu lama dan elakkan banyak tidur. Dan sentiasa pastikan tempat pembedahan tu sentiasa kering dan tidak berpeluh supaya tidak berlaku jangkitan kuman. UM dulu lepas mandi tu akan keringkan dengan kain yang bersih dan guna hair dryer  atau pengering rambut halakan dekat tempat bedah tu. Tapi kalau tak ada pun tak apa, yang penting keringkan kawasan tu ye.

        Dari segi diet pula, banyakkan minum air kosong, memang penting tau untuk kesembuhan luka dan pelawasan, kalau tak nak sembelit atau sakit membuang lerr..bedah pun rasa juga..hehe. Makanan pula doktor UM dulu memang ada cakap makan jangan terlalu pantang, maksudnya kena makan makanan yang berzat juga, bukan boleh makan KFC atau minum ais tanpa berpantang.huhu. Banyakkan makan buah oren Sunkist yang besar dan manis tu, elok sangat untuk penyembuhan luka sebab ia kaya dengan VITAMIN C:)

        Mengurut pula, UM pada awal minggu berpantang tidak mengurut, tetapi lepas sebulan lebih baru urut badan, jangan urut perut tau. Urut badan untuk hilang lenguh2 sebelum dan selepas bersalin.

       Last but not least, sentiasa berdoa agar ALLAH sembuhkan luka bersalin kita dengan baik dan cepat, "ALLAHUMMA SSYIFA LA SYIFA ILLA ANTA" di samping berzikir mengingatiNYA, sesungguhnya DIALAH yang MAHA MENYEMBUH..:), sebab luka bersalin bedah ni tak sama tempoh penyembuhannya. paling kuat badan kita nak pulih pun dalam masa setahun juga..inshaaALLAH ibu2 jangan risau..yang penting sentiasa kuat dan positif..:D

Bagi ibu berpantang yang memerlukan SET PANTANG SHAKLEE, boleh juga dapatkan dari UM, set berpantang Shaklee sesuai untuk bersalin normal dan pembedahan..:)..SIHAT, CANTIK & CERGAS dengan SET PANTANG SHAKLEE itu jaminan kami! Jangan segan2 hubungi UM tau.0132750687 :-)



Love,
UM


Saturday, 26 December 2015

RESDUNG BUKAN PENYAKIT BIASA!

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..

RESDUNG BUKAN PENYAKIT BIASA!

Maaf ye.. tak marah pun tengok tajuk tu..hehe..itu tandanya nak bagi AMARAN bahawa resdung ni bukan penyakit biasa2..sebab muka yang licin tidak semestinya tiada resdung. Hati2 kerana setiap orang mempunyai resdung cuma berbeza serious atau tidak.

Ok, jom kita berkenalan dengan resdung..he

APA ITU RESDUNG?

Dari segi istilah Perubatan Tradisional:
~ Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ2 lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Istilah Saintifik:
~ Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yg menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ2 tertentu dalam badan.

Resdung juga dikenali sebagai seduan (sinusitis) adalah sejenis penyakit berjangkit yang mudah berjangkit dalam waktu singkat apabila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung.

ANTARA GEJALA2 RESDUNG:
1- Hidung tersumbat
2- Lendir daripada hidung atau tekak.
3- Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata.
4- Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang.
5- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan.
6- Alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

PUNCA-PUNCA RESDUNG;
~ Alahan terhadap debu, habuk dan hama.
~ Susunan tulang dalaman hidung yang sempit.
~ Mandi dan terjun dalam air yang kotor.
~ Ketumbuhan di dalam hidung.
~ Jangkitan gigi atas.

KOMPLIKASI RESDUNG:
~ Jangkitan Otak (Meningitis)
~ Sakit tekak yang kronik.
~ Jangkitan tulang muka.
~ Memburukkan keadaan lelah.
~ Berdengkur yang kronik.
~ Jangkitan telinga dan tongsil (terutama kanak2)
~ Alahan hidung / hidung sensitif.
~ Selsema biasa yang melarat.

TIPS MENGURUSKAN RESDUNG:
Haa..UM nak kongsi sedikit tips yang ada resdung samaada serious atau tidak..

1) Bagi pesakit  yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop.

2) Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan contohnya seperti tidak boleh makan makanan laut yang kaya protein atau belacan.  

3) Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan.

4) Berehat dengan berbaring menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung.

5) Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air.

6) Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam atau melakukan pernafasan wap.

7) Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari 7 hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya.

8) Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi.

9) Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti Acetaminophen dan Paracetamol untuk merawat kesakitan.

10) Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain2 masalah.

NAK DAPATKAN PENAWAR RESDUNG ATAU ALAHAN ANDA?
UM cadangkan SET RESDUNG Shaklee ini..inshaa ALLAH mujarab dan membantu kerana berdasarkan testimoni diri sendiri dan suami ALHAMDULILLAH alahan dan bersin di waktu pagi dah hilang..Kini kami tak risau dah makan seafood dan sebagainya.. :-) jom tengok SET RESDUNG dari Shaklee ni:-


TAK NAK DAH BERSIN PAGI2!





ALFALFA COMPLEX: Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan 
keradangan sakit itu sendiri. Kaya dengan sumber klorofil
 dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung,
 alergik dan gegatal.
*Pesakit SLE tidak digalakkan ambil 
Alfalfa.





SUSTAINED RELEASE VITAMIN C PLUS;
Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu
 kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti histamin. Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh. Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol. Meningkatkan fungsi T-cell dan Macrophage (fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih). Meningkatkan pertumbuhan tisu. 




B-COMPLEX: B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan. Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh. Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati. Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress.


Bagi sahabat-sahabat di luar sana yang memerlukan penawar resdung, alergik, alahan atau ekzema dari SHAKLEE boleh hubungi UM di nombor 0132750687. Moga perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak..inshaaALLAH..:-)




Love;
UM

Wednesday, 7 October 2015

Bagaimana atasi susu ibu dari merudum?


Assalamualaikum ibu-ibu dan isteri luar biasa!



UM bersiaran kali ini dengan topik susu ibu. Khasnya untuk ibu yang mengalami masalah susu yang merudum. Macam mana nak buat? Risau kan terutamanya bila fikir bayi kita samaada kenyang dan cukup ke mereka minum.

Susu ibu merupakan hak anak dan makanan untuk anak kita. Jadi sebagai ibu yang memberi susu, kita juga harus jaga pemakanan kita untuk pastikan susu mencukupi. YES, point disini adalah pemakanan kita sendiri menpengaruhi penghasilan susu ibu. Jom kita lihat makanan apa yang baik untuk menambahkan susu badan. Ia dipanggil "galaktagogue" atau sinonim dengan milk booster (penggalak susu) ☺


1- OAT
 Oat merupakan bijiran yang kaya dengan zat besi. Ia juga merupakan makanan yang disarankan untuk ibu-ibu yang mengalami anemia atau hemoglobin rendah. Selain itu juga bonus bagi ibu yang mengamalkannya adalah ia mampu menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

2- HALBA
   Halba boleh diambil dengan merendamkannya di dalam air panas. Minum air rendaman yang sudah suam. Anda juga boleh memakan makanan yang menggunakan halba sebagai rempah seperti kari dan nasi dagang.

3- HABBATUSSAUDA
    Tak dapat dinafikan lagi khasiat makanan sunnah ini. Sama seperti halba, bijinya direndam di dalam air panas selama 15 minit dan minum air rendamannya.


4- KURMA
    Kurma juga makanan yang tinggi kandungan zat besinya. Selain makan macam tu sahaja, anda boleh menjadikannya jem dan campurkannya dalam susu kocak.


5- SOYA
    Makanan yang berasaskan soya juga dikatakan boleh membantu menstabilkan penghasilan susu anda. Susu soya, tempe dan tauhu boleh diambil dalam kuantiti yang sederhana dalam diet seharian.


6- KURMA CINA
   Kurma cina berbeza dari kurma biasa, isinya keras dan agak kering. Ia perlu direneh dan di minum airnya sesudah suam.


7- BADAM
    Kekacang seperti badam, walnut dan biji gajus dan makadamia mampu meningkatkan penghasilan susu ibu. Namun harusla ambil dalam kuantiti sederhana dan pilihla yang tidak bergaram supaya lebih sihat. Ambil 3 kali sehari dalam kuantiti segenggam sekali makan.


8- ULAM-ULAMAN
     Masukkan ulam ulaman ini dalam menu anda saat kuantiti susu menurun. Antaranta seperti pegaga, pucuk betik atau betik muda, jantung pisang dan daun cekur/pucuk manis. Sayuran berdaun hijau kaya dengan zat besi dan vitamin B.


9- LOBAK PUTIH
    Sesuai dimasak bersama sup bersama daun kucai dan ikan bilis. Ia juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.


10- ALFALFA

     Alfalfa menbantu merangsang susu yang banyak kerana ia kaya dengan protein. Protein pula merupakan salah satu komponen utama dalam susu ibu. Kandungan protein dalam alfalfa adalah lebih banyak dari sumber protein lain.
Ini adalah sebahagian makanan yang boleh bertindak menambahkan penghasilan susu ibu. Namun kawalan dan had perlu ada.


Tapi sebagai supermom yang seharian sibuk di rumah,(superla sangat ;p) saya hanya mengambil supplemen dari Shaklee sahaja seperti ESP dan ALFALFA COMPLEX. Ia lebih mudah, sihat dan berkesan bagi saya seorang suri rumah sepenuh masa yang menyusu sambil buat kerja-kerja di rumah. Anda juga boleh dapatkannya. Boleh hubungi saya untuk dapatkan Set Penyusuan Shaklee atau supplemen sihat di nombor 0132750687 ☺


Usah biarkan anak anda menangis saat susu anda jatuh merudum. Jom tingkatkan penghasilan susu!
Fully support breastfeeding moms!










Love;
UM




Thursday, 2 July 2015

RAMADHAN DI HATI...

Hari ini telah masuk 16 Ramadhan..ya Allah..begitu cepat masa perjalanan duniMu ini..Ramdhan semakin meninggalkan kita hari demi hari..

Tahun lepas bila terdengar lagu Ramadhan yang dinyanyikan oleh Maher Zain rasa sayu sangat..tak tahu kenapa..
Mungkin mengenangkan amalan dan ibadah tak banyak disebabkan kesibukan duniawi..
Allahu..namun tarbiyah Ramdhan tetap di hati..ya Allah..kurniakan kami RamadhanMu selagi hayat di kandung badan..

      ♡RAMADHAN♡

Ku menantimu
Saban waktu
Bangkit jiwaku

Kau suluh hatiku
Dengan sinar
Kudus kasihmu

Ku harap kan terus
Bersamamu selamanya

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi

Rahmat melimpah
Damainya ku rasakan

Ramadan bulan al-Quran
Mendidik jiwaku
Menyuburkan iman

Ku harap kan terus
Bersamamu selamanya

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi

Sememangnya kau ku nantikan
Hadirmu hidupkan suram di jiwaku
Dan ku berjanji
Akan ku teruskan
Semangatmu itu
Sepanjang hidupku
Oh Ramadan

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan

Ku mohon usah pergi.....

Ku ingin terus bersamamu...RAMADHAN..

GASTRIK DIBULAN RAMADHAN?

  BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..

Alhamdulillah bila tiba Ramadhan, semua Muslimin dan Muslimat tak sabar untuk berpuasa sebulan dengan sebaik-baiknya tanpa ada masalah dari segi kesihatan dan sebagainya.

  Namun tak semua yang dapat menjalani ibadah dengan sempurna..Nak-nak bagi mereka yang menghidapi gastrik dan bergantung dengan ubat gastrik untuk menghalang diri dari diserang gastrik ketika berpuasa.

  Di sini UM ingin kongsi sedikit tentang simptom-simptom gastrik dan cara-cara mencegah sebelum parah..^_^

Apakah tanda-tanda gastrik menyerang?

Mengenal pasti tanda tanda gastrik adalah amat mudah sekali. Antara tanda tanda gastrik menyerang anda adalah:

■Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen.

■ Rasa senak, berangin atau pedih.

■ Rasa tidak selesa dan kembung.

■ Sendawa berulang kali.

■Kerap kentut selepas makan 

■Rasa mual atau loya dan muntah.

■ Berat badan turun (peringkat kronik). 

■Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah (peringkat kronik) A.


Antara cara-cara mencegah gastrik yang boleh kita amalkan pula adalah: 

●Jangan biarkan perut kosong dan makan secara kerap dan teratur. 

●Banyakkan berehat jika badan rasa tak sedap.

● Elakkan makan makanan segera atau junk-food seperti jeruk dan mee segera. 

●Elakkan minuman gas berkarbonat dan berkafien.

●Elakkan makanan yang pedas dan berangin yang boleh menyebabkan perut mudah kembung.

● Banyakkan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis dan brokoli kerana makan berkenaan akan membentuk gluthatione yang akan melindungi lapisan perut. 

●Tambahkan juga zinc dalam pemakan bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perut.
Selain itu UM cadangkan suplemen terbaik untuk menghalang daripada gastrik ketika puasa ialah ESP dari Shaklee.


Testimoni 1: gastrik hilang





Testimoni 2: gastrik dari zaman bujang hilang, rambut tak gugur, parut strechmarkhilang dan makin pudar






testimoni 3: perut sensitif dan gastrik sejak remaja hilang



Moga dapat atasi gastrik anda dengan segera..^_^


Boleh hubungi UM untuk dapatkan maklumat lebih lanjut.
Suryana 0132750687.


Love;

UM.


=================================================================


***** Produk2 ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh, atau mencegah sebarang penyakit *****






Wednesday, 1 July 2015

Tips menyusu pertama kali di bulan Ramadhan

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..




  Bertemu kembali kita dengan tetamu yang mulia..Ramadhan KAREEM 😊


Bila Ramadhan tiba, sudah pasti setiap ibu yang menyusukan anak melahirkan kebimbangan di hati. Bukan tidak mampu untuk menunaikan ibadah Rukun Islam ni tetapi risau bagaimana untuk menyusukan bayi dan sekaligus puasa dan bertenaga.


 Yang dikhuatirkan ialah jika pengeluaran susu ibu semakin berkurang dan ibu tidak mampu menyusu dengan baik ketika berpuasa. Apatah lagi bagi ibu2 yang pertama kali menyusui anak pada bulan Ramadhan.


  Dalam Islam, setiap ibu yang menyusukan ataupun hamil dibolehkan berbuka puasa sebagai satu bentuk keringanan. Namun kalau boleh kita semua mahukan yang terbaik dan dapat mengamalkan ibadah puasa dengan penuh kan?


Di bawah ni UM kongsikan sedikit tips dan panduan berpuasa bagi ibu yang menyusukan bayi;


1- Pastikan banyakkan minum air kosong. 2-3 liter sehari adalah sangat penting buat ibu yang menyusukan bayi. Cara saya sendiri- sediakan satu botol air kosong yang kita boleh sukat berapa banyak kuantiti air kita minum dan letak berhampiran kita. Minum air kosong bermula dari waktu berbuka hinggalah ke waktu imsak keesokkan pagi nya.


2- Jangan skip sahur. Wajib makan sahur kerana makanan yang kita makan ketika bersahur membekalkan tenaga sepanjang hari kepada kita. Lagipun, bersahur kan sunat. :)


3- Makan banyak buah-buahan, sayuran, sup dan makanan berkuah. Tetapi, elakkan dari makan terlalu kerap makanan yang bergula dan bergaram. Kerana,  ia akan menyerap lebih banyak air yang ada pada tubuh kita.


4-  Berbuka puasa dengan makanan yang kaya dengan protien, glukos dan cecair.


5- Makan banyak kurma. Samaada ketika bersahur dan berbuka. Paling banyak 3biji kurma.


6- Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat. Maksudnya, kalau boleh..pastikan ambil nasi juga setiap hari. Jangan tak makan nasi pula ye.


 7 - Kerapkan menyusu bayi. Jika anda ibu bekerjaya, perlu pam susu sekerap yang boleh ataupun ikut jadual mengepam biasa di tempat kerja.


8- Sebelum menjelang bulan puasa, adalah sangat-sangat digalakkan untuk mengumpul stock susu sebagai persediaan awal sebelum menjelang Ramadhan. Selain itu, ibu menyusu boleh ambil Set Mighty 3 Gems Shaklee yang mampu memberikan tenaga berpanjangan sepanjang hari.


9- Kenal pasti milk booster anda sebelum mula bulan puasa dan sepanjang berpuasa boleh kerap ambil milk booster. Milk booster adalah berbeza mengikut individu.


10- Banyakkan berzikir Ya Wahab dan elakkan tekanan. Sentiasa berfikiran positif serta ceria.


11- Bawa bekalan air masak ketika pergi terawih dan minum air setiap kali selesai 2rakaat solat terawih.


12- Jika perlu, ambil suplemen untuk memastikan badan sentiasa bertenaga, mood sentiasa ceria dan production susu sama malah lebih lagi dari sebelum berpuasa.


13- Dan yang paling utama, sebelum mula berpuasa..kita perlu pasang niat dan memohon dari Allah agar di permudahkan urusan serta niat baik kita menyusukan bayi kita.


Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”



InshaaAllah sama-sama kita amalkan..moga ibu-ibu menyusu semua lebih sihat dan cergas dan dapat beribadah dengan baik..^_^

Jika perlukan set Mighty Germs dan suplemen khas untuk ibu menyusu boleh hubungi UM ye.

Suryana Mat Hassan
0132750687
Pengedar Shaklee Kuala Pilah & Seluruh Malaysia




Love;
UM




KENAPA SAYA PILIH UNTUK JADI SURIRUMAH?

"Buat apa belajar tinggi-tinggi akhirnya duduk rumah jaga anak?"
"Rugila belajar lama-lama tapi tak bekerja".
.
.
  Kalau anda seorang suri rumah yang memegang ijazah seperti saya atau nak lebih sedap didengar ("educated housewife".hehe) mesti panas je telinga kan bila ramai duk cakap dan tanya soalan yang banyak kali di tanya oleh sesetengah orang yang tak faham apa yang kita lalui.
   Ye..jauh di sudut hati memang terasa la juga kan..tapi semua ni pilihan.Ini adalah pilihan saya.Tiada siapa yang memaksa,menyuruh melainkan atas pilihan hati sendiri. Antara sebab saya memilih untuk jadi suri rumah (skemala pulak.pemegang ijazah kan:p):
    Actually lepas je graduation memang pasang hajat untuk bekerja,namun Allah lebih Maha Menentukan dan DIALah sebaik2 perancang bila di beri anugerah untuk hamil selepas grad waktu itu.Masa tahu hamil memang bersyukur sangat.Sebab rezeki anak datang dulu sebelum bekerja..bila hamil pulak ditakdirkan alahan teruk dan berpanjangan..Bila memikirkan semua ini mungkin ada hikmahnya untuk saya tidak bekerja buat masa itu.Namun bila lahir little mujaheed ni sifat keibuan semakin tinggi(chewahh) dan ketika itu perasaan untuk tidak bekerja dan jaga anak sendiri lebih menebal.
  Nak-nak faham-fahamla dengan keadaan isu masyarakat sekarang yang tak habis-habis membuatkan diriku tidak yakin untuk menyuruh orang lain menjaga si kecik ni.Anak sendiri jatuh depan mata pun saya yang menangis bagai nak rak tau. Jika bagi setengah orang lain fikir sayangla ilmu yang belajar di universiti dulu kalau tak di gunakan.Ok,semua maklum,ilmu tu luas..kadang2 tak semestinya kita amik course law kita kena jadi peguam,amik course medic kena jadi doktor.Kalau rasa kita perlukan ilmu,kita tingkatkan lagi ilmu untuk meraih peluang lain.contohnya?buat side income dengan berniaga online atau offline atau sebagainya.Semua tu perlukan ilmu juga.Pendek kata nak jadi surirumah ni bukan surirumah biasa-biasa tau..tapi luar biasa..luar biasa yang macam mana tu??
   Haa..yang itu kena tunggu next entry la..hehe..banyakk lagi nak cerita..inshaaAllah..

Moga bermanfaat buat surirumah seperti saya..😊

Ramadhan 14, 1436 Hijrah.

Assalamualaikum.

Salam 14 Ramadhan 1436.
Selamat mengejar pahala di bulan mulia.

Ikhlas,
Suryana


Featured post

ADAKAH SUPLEMENT YANG ANDA AMBIL SEKARANG SELAMAT?

KRITERIA- KRITERIA MEMILIH SUPLEMEN YANG SELAMAT. Bismillahirrahmaanirrahim.. "Saya nak makan vitamin, suplemen, tapi takut ad...