Thursday, 2 July 2015

RAMADHAN DI HATI...

Hari ini telah masuk 16 Ramadhan..ya Allah..begitu cepat masa perjalanan duniMu ini..Ramdhan semakin meninggalkan kita hari demi hari..

Tahun lepas bila terdengar lagu Ramadhan yang dinyanyikan oleh Maher Zain rasa sayu sangat..tak tahu kenapa..
Mungkin mengenangkan amalan dan ibadah tak banyak disebabkan kesibukan duniawi..
Allahu..namun tarbiyah Ramdhan tetap di hati..ya Allah..kurniakan kami RamadhanMu selagi hayat di kandung badan..

      ♡RAMADHAN♡

Ku menantimu
Saban waktu
Bangkit jiwaku

Kau suluh hatiku
Dengan sinar
Kudus kasihmu

Ku harap kan terus
Bersamamu selamanya

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi

Rahmat melimpah
Damainya ku rasakan

Ramadan bulan al-Quran
Mendidik jiwaku
Menyuburkan iman

Ku harap kan terus
Bersamamu selamanya

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi

Sememangnya kau ku nantikan
Hadirmu hidupkan suram di jiwaku
Dan ku berjanji
Akan ku teruskan
Semangatmu itu
Sepanjang hidupku
Oh Ramadan

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan

Ku mohon usah pergi.....

Ku ingin terus bersamamu...RAMADHAN..

GASTRIK DIBULAN RAMADHAN?

  BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..

Alhamdulillah bila tiba Ramadhan, semua Muslimin dan Muslimat tak sabar untuk berpuasa sebulan dengan sebaik-baiknya tanpa ada masalah dari segi kesihatan dan sebagainya.

  Namun tak semua yang dapat menjalani ibadah dengan sempurna..Nak-nak bagi mereka yang menghidapi gastrik dan bergantung dengan ubat gastrik untuk menghalang diri dari diserang gastrik ketika berpuasa.

  Di sini UM ingin kongsi sedikit tentang simptom-simptom gastrik dan cara-cara mencegah sebelum parah..^_^

Apakah tanda-tanda gastrik menyerang?

Mengenal pasti tanda tanda gastrik adalah amat mudah sekali. Antara tanda tanda gastrik menyerang anda adalah:

■Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen.

■ Rasa senak, berangin atau pedih.

■ Rasa tidak selesa dan kembung.

■ Sendawa berulang kali.

■Kerap kentut selepas makan 

■Rasa mual atau loya dan muntah.

■ Berat badan turun (peringkat kronik). 

■Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah (peringkat kronik) A.


Antara cara-cara mencegah gastrik yang boleh kita amalkan pula adalah: 

●Jangan biarkan perut kosong dan makan secara kerap dan teratur. 

●Banyakkan berehat jika badan rasa tak sedap.

● Elakkan makan makanan segera atau junk-food seperti jeruk dan mee segera. 

●Elakkan minuman gas berkarbonat dan berkafien.

●Elakkan makanan yang pedas dan berangin yang boleh menyebabkan perut mudah kembung.

● Banyakkan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis dan brokoli kerana makan berkenaan akan membentuk gluthatione yang akan melindungi lapisan perut. 

●Tambahkan juga zinc dalam pemakan bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perut.
Selain itu UM cadangkan suplemen terbaik untuk menghalang daripada gastrik ketika puasa ialah ESP dari Shaklee.


Testimoni 1: gastrik hilang





Testimoni 2: gastrik dari zaman bujang hilang, rambut tak gugur, parut strechmarkhilang dan makin pudar






testimoni 3: perut sensitif dan gastrik sejak remaja hilang



Moga dapat atasi gastrik anda dengan segera..^_^


Boleh hubungi UM untuk dapatkan maklumat lebih lanjut.
Suryana 0132750687.


Love;

UM.


=================================================================


***** Produk2 ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh, atau mencegah sebarang penyakit *****






Wednesday, 1 July 2015

Tips menyusu pertama kali di bulan Ramadhan

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..




  Bertemu kembali kita dengan tetamu yang mulia..Ramadhan KAREEM 😊


Bila Ramadhan tiba, sudah pasti setiap ibu yang menyusukan anak melahirkan kebimbangan di hati. Bukan tidak mampu untuk menunaikan ibadah Rukun Islam ni tetapi risau bagaimana untuk menyusukan bayi dan sekaligus puasa dan bertenaga.


 Yang dikhuatirkan ialah jika pengeluaran susu ibu semakin berkurang dan ibu tidak mampu menyusu dengan baik ketika berpuasa. Apatah lagi bagi ibu2 yang pertama kali menyusui anak pada bulan Ramadhan.


  Dalam Islam, setiap ibu yang menyusukan ataupun hamil dibolehkan berbuka puasa sebagai satu bentuk keringanan. Namun kalau boleh kita semua mahukan yang terbaik dan dapat mengamalkan ibadah puasa dengan penuh kan?


Di bawah ni UM kongsikan sedikit tips dan panduan berpuasa bagi ibu yang menyusukan bayi;


1- Pastikan banyakkan minum air kosong. 2-3 liter sehari adalah sangat penting buat ibu yang menyusukan bayi. Cara saya sendiri- sediakan satu botol air kosong yang kita boleh sukat berapa banyak kuantiti air kita minum dan letak berhampiran kita. Minum air kosong bermula dari waktu berbuka hinggalah ke waktu imsak keesokkan pagi nya.


2- Jangan skip sahur. Wajib makan sahur kerana makanan yang kita makan ketika bersahur membekalkan tenaga sepanjang hari kepada kita. Lagipun, bersahur kan sunat. :)


3- Makan banyak buah-buahan, sayuran, sup dan makanan berkuah. Tetapi, elakkan dari makan terlalu kerap makanan yang bergula dan bergaram. Kerana,  ia akan menyerap lebih banyak air yang ada pada tubuh kita.


4-  Berbuka puasa dengan makanan yang kaya dengan protien, glukos dan cecair.


5- Makan banyak kurma. Samaada ketika bersahur dan berbuka. Paling banyak 3biji kurma.


6- Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat. Maksudnya, kalau boleh..pastikan ambil nasi juga setiap hari. Jangan tak makan nasi pula ye.


 7 - Kerapkan menyusu bayi. Jika anda ibu bekerjaya, perlu pam susu sekerap yang boleh ataupun ikut jadual mengepam biasa di tempat kerja.


8- Sebelum menjelang bulan puasa, adalah sangat-sangat digalakkan untuk mengumpul stock susu sebagai persediaan awal sebelum menjelang Ramadhan. Selain itu, ibu menyusu boleh ambil Set Mighty 3 Gems Shaklee yang mampu memberikan tenaga berpanjangan sepanjang hari.


9- Kenal pasti milk booster anda sebelum mula bulan puasa dan sepanjang berpuasa boleh kerap ambil milk booster. Milk booster adalah berbeza mengikut individu.


10- Banyakkan berzikir Ya Wahab dan elakkan tekanan. Sentiasa berfikiran positif serta ceria.


11- Bawa bekalan air masak ketika pergi terawih dan minum air setiap kali selesai 2rakaat solat terawih.


12- Jika perlu, ambil suplemen untuk memastikan badan sentiasa bertenaga, mood sentiasa ceria dan production susu sama malah lebih lagi dari sebelum berpuasa.


13- Dan yang paling utama, sebelum mula berpuasa..kita perlu pasang niat dan memohon dari Allah agar di permudahkan urusan serta niat baik kita menyusukan bayi kita.


Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”



InshaaAllah sama-sama kita amalkan..moga ibu-ibu menyusu semua lebih sihat dan cergas dan dapat beribadah dengan baik..^_^

Jika perlukan set Mighty Germs dan suplemen khas untuk ibu menyusu boleh hubungi UM ye.

Suryana Mat Hassan
0132750687
Pengedar Shaklee Kuala Pilah & Seluruh Malaysia




Love;
UM




KENAPA SAYA PILIH UNTUK JADI SURIRUMAH?

"Buat apa belajar tinggi-tinggi akhirnya duduk rumah jaga anak?"
"Rugila belajar lama-lama tapi tak bekerja".
.
.
  Kalau anda seorang suri rumah yang memegang ijazah seperti saya atau nak lebih sedap didengar ("educated housewife".hehe) mesti panas je telinga kan bila ramai duk cakap dan tanya soalan yang banyak kali di tanya oleh sesetengah orang yang tak faham apa yang kita lalui.
   Ye..jauh di sudut hati memang terasa la juga kan..tapi semua ni pilihan.Ini adalah pilihan saya.Tiada siapa yang memaksa,menyuruh melainkan atas pilihan hati sendiri. Antara sebab saya memilih untuk jadi suri rumah (skemala pulak.pemegang ijazah kan:p):
    Actually lepas je graduation memang pasang hajat untuk bekerja,namun Allah lebih Maha Menentukan dan DIALah sebaik2 perancang bila di beri anugerah untuk hamil selepas grad waktu itu.Masa tahu hamil memang bersyukur sangat.Sebab rezeki anak datang dulu sebelum bekerja..bila hamil pulak ditakdirkan alahan teruk dan berpanjangan..Bila memikirkan semua ini mungkin ada hikmahnya untuk saya tidak bekerja buat masa itu.Namun bila lahir little mujaheed ni sifat keibuan semakin tinggi(chewahh) dan ketika itu perasaan untuk tidak bekerja dan jaga anak sendiri lebih menebal.
  Nak-nak faham-fahamla dengan keadaan isu masyarakat sekarang yang tak habis-habis membuatkan diriku tidak yakin untuk menyuruh orang lain menjaga si kecik ni.Anak sendiri jatuh depan mata pun saya yang menangis bagai nak rak tau. Jika bagi setengah orang lain fikir sayangla ilmu yang belajar di universiti dulu kalau tak di gunakan.Ok,semua maklum,ilmu tu luas..kadang2 tak semestinya kita amik course law kita kena jadi peguam,amik course medic kena jadi doktor.Kalau rasa kita perlukan ilmu,kita tingkatkan lagi ilmu untuk meraih peluang lain.contohnya?buat side income dengan berniaga online atau offline atau sebagainya.Semua tu perlukan ilmu juga.Pendek kata nak jadi surirumah ni bukan surirumah biasa-biasa tau..tapi luar biasa..luar biasa yang macam mana tu??
   Haa..yang itu kena tunggu next entry la..hehe..banyakk lagi nak cerita..inshaaAllah..

Moga bermanfaat buat surirumah seperti saya..😊

Ramadhan 14, 1436 Hijrah.

Assalamualaikum.

Salam 14 Ramadhan 1436.
Selamat mengejar pahala di bulan mulia.

Ikhlas,
Suryana


Featured post

ADAKAH SUPLEMENT YANG ANDA AMBIL SEKARANG SELAMAT?

KRITERIA- KRITERIA MEMILIH SUPLEMEN YANG SELAMAT. Bismillahirrahmaanirrahim.. "Saya nak makan vitamin, suplemen, tapi takut ad...